pada saat ini aku terfikir, tentang dunia persilatan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Malaysia khususnya dan Dunia amnya. Perkara yang aku bimbangkan, kenapa Pertubuhan silat di Malaysia masih belum dipandang sebaris dengan seni mempertahankan diri yang lain seperti teakwando, Karate dan dll. Bukan mempertikaikan Taraf silat itu sendiri. Semua jenis seni mempertahankan diri sama tarafnya tetapi berbeza isi kandungannya. Yang pelik dan yang tidak boleh diterima adalah penerimaan silat itu ke dalam jiwa masyarakat Melayu di Malaysia. Kenapa orang Melayu tidak gemar untuk mempelajari seni silat?. Persoalan macam ini sering kali dan sentiasa terbayang dan berlegar-legar dalam benak setiap ahli silat tidak kira yang baru ataupun sudah lama mempelajari seni silat itu sendiri. Aku masih teringat tentang persoalan pada tahun 90-an. Orang ramai tidak suka untuk mempelajari silat kerana "silat ini ganas". Dalam segi apakah bahawa silat boleh dikatakan sebuah permainan yang ganas?. Kalau dikatakan buah atau tapak silat itu ganas maka tidak boleh diterima kerana permainan yang lain seperti karate dan taekwando juga ada ganasnya. Cuba anda lihat perlawanan antara taekwando dan tomoi di dalam U-tube. pada paras manakah yang kita boleh bandingkan seni silat diantara permainan taekwando dan tomoi?. Tomoi lagi ganas dan taekwando tidak kurang "ganasnya" daripada silat. Sudah silat dinamakan seni tetapi masyarakat muda melayu masih belum dapat melihat kesenian tersebut sebagai salah satu cara untuk mempertahankan budaya kita dan diatas nama untuk mempertahankan diri. Aku rasa tidak cukup untuk kita hebahkan dan ceritakan tentang pahlawan kita dahulu yang mempelajari seni silat untuk mempertahankan tanah air dan bukan lagi atas aspek yang lebih kecil iaitu untuk mempertahankan diri. Tidak boleh juga untuk menyalahkan orang lain seperti masyarakat, ibu bapa, guru dll, kerana kita ada tanggungjawab kita sendiri.
perihal untuk mempertahankan diri bukanlah satu wacana besar untuk kita perjuangkan tetapi isinya yang lebih penting. Aku suka ingatkan kepada setiap orang yang "berdamping" denganku. Mempelajari silat adalah untuk menjaga maruah agama, "diri", keturunan, harta benda, dan tanah air. Kenapa agama diletakkan sebagai permulaan?. Itulah sebab itu kita di dunia yang dimulakan dengan akidah, syariat dan akhlak. itulah pegangan orang "Islam" dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu tidak semestinya Islam secara dasarnya dan secara Hakikatnya kerana tidak tertunai beberapa "perkara" yang perlu kita tunaikan dulu. Cukup sempurna Pelajaran silat jika kita amati ketika kita dengar "orang dulu-dulu" bercerita tentang silat. Sebelum bersilat tok guru mengarahkan muridnya tunaikan solat, Nak bersilat kena ada wuduk. Tetapi "orang Melayu" sendiri yang letakkan pelbagai hukum yang dia sendiri tidak mempelajarinya ketika dasar dan ajaran-ajaran tersebut diajarkan kepada "murid-murid" silat. Dikatakan benda sebegitu khurafat dan Syirik. Aku dan cukup masak dengan ayat-ayat sebegitu ketika di Penang. Memang marah dan bengang. Kenapa sesebuah pertubuhan silat itu dikatakan sesat sedangkan memang jelas silat itu terhindar daripada perkara syirik dan dll?. Yang paling jelas "Sanad" pertubuhan juga jelas. Kenapa mesti ada terkeluar daripada mulut "orang Melayu" tentang ayat-ayat sebegitu yang sepatutnya mereka tidak perlu ucapkan?. Aku membalas dengan kata-kata seperti. Mereka tak tahu dan tak belajar sebenarnya. Mereka kata begitu kerana mereka tidak arif tentang ilmu hukum hakam dan "perkara" tersebut baru bagi mereka. Sebab itulah mudah benar untuk mereka berbicara.

No comments:
Post a Comment