Tuesday, September 16, 2008

Filem dan Drama Melayu yang kian dilupakan

adakah anda sedang melihat cerita melayu sekarang ini?...bagaimana komen anda??...



Bila sebut sahaja filem dan drama melayu mungkin ada yang hendak termuntah kerana muak melihat cliche yang sama dalam setiap babak yang dilakonkan oleh pelakon yang sama. Perkara ini yang jelas di dalam industri perfileman kita pada hari ini. Jauh ketinggalan daripada pengeluar filem dan drama asia yang lain seperti, Korea dan indonesia yang mempunyai "tredmark" mereka tersendiri.

bukan semua filem dan drama Malaysia tak bagus, cuma sesetengah filem sahaja yang memaparkan khayalan dan fantasi, tidak mahu pula memaparkan realiti sebenar masyarakat malaysia. Contohnya tentang tradisi masyarakat Malaysia yang jika disenaraikan terlampau banyak. Orang India bangga dengan makan nasi di atas daun pisang sambil memerang nasinya setelah diletakkan kuah bangjir!!. Mereka bangga!. Tetapi kita jarang sekali hendak melihat drama dan filem di malaysia membanggakan tradisinya. Makan di kedai pun jarang sekali nak tengok orang makan dengan menggunakan tangan. Kalau orang makan dengan tangan nampak pelik!. Bukan kata budaya, sunnah nabi pun susah nak ikut.

Filem dan drama Korea semakin giat untuk mempromosikan kebudayaan mereka. Dalam setiap filem dan drama Korea yang aku lihat sentiasa ada benda yang hendak disampaikan tentang kebudayaan mereka. Pakaian, Seni mempertahankan diri, malah makanan mereka sentiasa ada di dalam setiap babak yang ditunjukkan. Dala m filem aksi sebagai contoh, Seni




Fist of Fury - Mendapat perhatian ramai


mempertahankan diri yang mereka gunakan semuanya adalah Teakwando. Sebab apa aku tahu mereka menggunakan Teakwando?...sebabnya Teakwando asalnya dari Korea dan jika penonton yang belajar Teakwando mesti kenal pergerakkan mereka. Kalau kita buat filem aksi aku rasa takda yang hendak bersilat. Dalam filem Puteri Gunung Ledang sekalipun hanya menggunakan pakaian dan bahasa sahaja yang mahu ditunjukkan sebagai warisan melayu. Selebihnya kareografi untuk pesilat adalah menggunakan stuntman cina??...apa nak jadi??...rosak seni silat. Tiara pegang pedang pun ada yang bising. Tiara pegang pedang silap. So????


Budaya seni silat dalam filem dan drama sudah kian lupus dan tidak seperti dahulu yang boleh kita banggakan seperti drama semutar hitam, filem hang tuah ( Jamal Abdillah ) dll. "Locheng Maut( 1977 )"yang dikeluarkan oleh syarikat Shaw Brothers sebagai contoh jelas untuk mempromosikan Silat Seni Gayong Malaysia yang mana pelakonnya adalah Guru Awang Daud. Itu barulah yang dinamakan sebagai pelakon dan pengiat filem dan drama. Jangan kita asyik memandang kepada kebudayaan orang lain sehingga kita lupa untuk mengekalkan kebudayaan kita sendiri.
-kita harus meneruskan
dan memperjuangkan warisan bangsa
-sumber > flickr.com

sudah 51 tahun kita merdeka. Tetapi kita masih ditampuk yang lama di dalam industri drama dan filem. Filem dan drama patriotik juga dah jarang kita lihat di kaca tv. Tunggu "hari merdeka" barulah boleh menonton filem yang jarang-jarang sekali ditonton oleh orang ramai dan "peminat drama dan filem". Kenapa kita tidak boleh menghasilkan filem dan drama untuk tontonan sepanjang masa, maksudnya drama dan filem patriotik. Barulah anak-anak muda kenal "Malaysia". dan tidak perlu melakukan kempen yang membazirkan wang kerana filem dan drama boleh disimpan sebagai satu khazanah untuk hari muka. Kalau buat kempen sampai mati pun tak habis.






















Anak halal - antara yang terbagus!





-tak kenal maka tak tahu, yang tahu belum tentu kenal.

2 comments:

Anonymous said...

Kesian pada anak-anak bangsa yang tidak membesar dengan filem-filem Melayu yang bersemangat patriotik dan kental dengan budaya bangsanya sendiri. Melayu bangsa yang kaya budayanya cuma keberadaaannya kurang diupayakan secara terserlah.

Muhammad Zuhri said...

itulah yang menghairankan saya sebagai penonton dan pengkaji dalam bidang perfileman. Sebagai contoh yang jelas, sepanjang bulan kemerdekaan kita lihat filem dan cerita yang sama saja dipaparkan di dalam TV. Tiada cerita-cerita baru dikeluarkan. Pembikin filem di Malaysia saya dapat lihat hanya berminat untuk mengeluarkan filem komersil dan bukan filem untuk seni dan minat mereka dalam bidang perfileman. Itulah yang dapat kita lihat sekarang nih dengan pelbagai filem lawak dan yang terbaru yang akan ditayangkan adalah Cicak Man.

Mungkin filem Bukak Api, Ada apa dengan indonesia, dan pelbagai filem lain yang diterbitkan oleh pengarah berbakat seperti Amir Muhammad, U-wei, dan Yasmin Ahmad kurang mendapat sambutan kerana mereka mengluarkan filem kerana minat dan kritikan mereka terhadap agama, bangsa, dan tanah air.