Monday, November 3, 2008

Iman, Islam dan Ehsan....Melayu yang tak pernah layu

Ilustrasi oleh theroomwithonedoor , flickr.com ( bomoh hujan)


Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemuJaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya. Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.


Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini.


Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di benteras sehingga ke akar umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirna kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah.


Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelah Portugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggara dengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orang Islam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya. Mereka inilah yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai bahang campurtangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalam kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atas negerinya dan anak-anak bangsanya.


Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cuba meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa saja yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusaha memperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengah daripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalang daripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan cara Tanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ), istidraj, sihir atau silap mata yang menolong mereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atau wali-wali atau Nabi Khaidir yang telah datang berhubung dengan mereka.


Sementara itu di Tanah Jawa timbul pula fahaman Wahdatu Ujud yang tidak dapat membezakan di antara Wahdatul Ujud Marhumah ( dalam bab Sufi ) dengan Wahdatul Ujud Mazmumah ( dalam I’tiqad di panggil Hulluliah, Mulhid, Zindik ) sehingga tertegaklah kerajaan yang seumpama itu, iaitu kerajaan Mataram. Fahaman ini adalah hasil daripada pengaruh Syiah. Bermula dari sinilah wujud semula berbagai-bagai rupa bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid dan jampi serapah yang menyeleweng dari aqidah syari’at Ubudiah Islamiah yang sebenar ke hadrat Allah seperti yang dibentangkan oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir dan ahli pada babnya di dalam kitab-kitab karangan mereka.
Terdapat juga dari golongan ini yang memesongkan amalan-amalan mereka bagi kepentingan diri, dengan tujuan :


1. Langkah mempertahankan diri bagi mendapatkan kemegahan dunia ( hanya kepada bangsa semata-mata )

2. Amalan-amalan kebatinan dalam menuntut kemegahan.

3. Perubatan ( bomoh, tok pawang, tok bidan dan sebagainya )

4. Berlagak jadi tok sufi ( wali ) yang sentiasa mendapat jazbah ketuhanan.


Dari sini merebaklah amalan -amalan karut yang mendapat kekuatan luar biasa daripada bantuan Jin-Jin. Maka ramailah pahlawan-pahlawan Melayu mengambil amalan-amalan ini dengan tujuan untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh di samping untuk kepentingan masyarakat sekitarnya. Akhirnya mereka telah lupa kepada ajaran-ajaran agama yang telah disampaikan kepada mereka, lalu mereka lebih mementingkan kekuatan material dan kebendaan semata-mata daripada kepentingan akhirat. Lebih jahat lagi, mereka menjadikan adat resam keturunan ke dalam syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan Akhlak.


Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu pada ketika itu, boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu :-


1. Agama Buddha Puja Dewa

2. Agama Hindu Puja Dewi

3. Amalan orang-orang Asli. ( Animisme )


Orang-orang Asli sangat kuat berpegang kepada berbagai-bagai kaedah pemujaan Jin sehingga Tok-tok Batin orang Asli di ukur akan kehebatan diri mereka, dengan had ukuran panjang rambut di kepala mereka.


Percantuman 3 puak ini samada melalui nikah kahwin atau seumpamanya menghasilkan suatu kemantapan yang kukuh dalam adat resam dan istiadat kebudayaan orang Melayu, di samping membuahkan pelbagai rupa bentuk ilmu, amalan dan kaedah pemujaan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu perkara yang luar biasa dan mencarik adat, berlumba-lumba untuk menjadi jaguh atau orang yang paling handal di kalangan mereka, untuk bermegah-megah, gagah, orang yang paling berkuasa, orang yang paling di hormati, di segani dan sebagainya. (Lihat carta amalan-amalan Khurafat )


Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahaja. Selepas itu masuklah pula pengaruh agama Kristian melalui penjajahan kuasa-kuasa Barat. Manakala di dalam masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah, Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Keadaan ini menyebabkan sesetengahnya pula terjerumus kedalam gaung kesesatan berikut :


1. Bida’ah Dholalah yang Karohah dan Bida’ah yang haram dalam Syariat

2. Berada dalam salah satu daripada 72 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Aqidah.

3. Berada dalam salah satu daripada 13 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Sufi
Daripada pecahan di atas maka wujudlah berbagai-bagai kelompok masyarakat Melayu yang mempunyai fahaman dan amalan masing-masing . Dari situ lahirlah amalan-amalan yang di panggil amalan "Kebatinan ´ atau " Ilmu Hakikat " ( Ilmu Isi ) yang meninggalkan amal syariat sehinggakan sembahyang hanyalah dengan niat sahaja. Puak-puak yang sesat ini dapat di lihat menerusi amalan yang mereka lakukan dalam menunaikan ibadat kepada Allah.


Ringkasnya apa jua amalan yang tidak mengikut garis panduan Al-Quran, Hadis Rasullullah s.a.w, Ijma dan Qias adalah termasuk dalam salah satu daripada fahaman-fahaman yang sesat daripada tiga kelompok besar di atas.


Pada dasarnya amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam bolehlah dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu :-


1. Orang-orang Melayu yang beragama Buddha Puja Dewa

2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi

3. Orang-orang Melayu yang berpegang dan beramal dengan amalan orang-orang Asli. ( Animisme )


Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang dikatakan sebagai "Penjaga keluarga."


Kepercayaan seperti ini ada hubungannya dengan asal-usul orang Melayu yang kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang memang terkenal pada suatu masa dahulu dengan adat dan kepercayaan Hindu serta Buddha. Walaupun Islam mula bertapak di Mataram, Majapahit dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan Hindu dan Buddha masih kuat dalam pegangan mereka.


Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat berbagai keturunan seperti Melayu, Bugis, Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan sebagainya dan terdapat juga yang berasal dari keturunan orang-orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa adat resam masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun mereka berbeza dari segi suku keturunannya, namun mereka masih lagi tidak terlepas dari adat resam Hindu dan percampuran dengan adat dan amalan orang Asli.


Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan sebagainya, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian, sembelih ayam semasa buka gelanggang latihan pertahanan diri, sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah contoh amalan yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang Melayu. Begitu juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli sebelum Islam di ambil sebagai adat resam atau sebagai cara beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan redha dan lahapnya kita menerima membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah yang memang merupakan suatu perancangan jangka panjang Yahudi dan Kristian khasnya untuk membunuh keperibadian muslim orang-orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam.


Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun telah berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka supaya meninggalkan amalan tersebut, namun bagi sesetengah daripada mereka itu telah beranggapan bahawa adat-adat tersebut seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab itulah mereka telah mencampuradukkan antara ajaran Islam yang suci ini dengan adat resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-mata mengikut khayalan, kebijaksanaan pemikiran dan tahsinul ‘aqli mereka semata-mata sahaja..


Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka diperturunkan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, agar pembaca semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya.



Empat Perkara Yang Di Puji


1. Irhas.
Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian. Perkara ini tidak menjadi kekeliruan kerana Nabi dan rasul telah tiada pada masa sekarang.


2. Mukjizat.
Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada Nabi-Nabi dan rasulnya sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa semua binatang.


3. Karamah.
Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam zahir dan batin. Hal ini adalah perkara biasa bagi Mereka. Karamah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang arif tentang Allah ( Arifbillah ) .
Mereka ini adalah merupakan orang-orang yang alim dan sentiasa beramal soleh. Mereka mahir sekurang-kurangnya tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf serta mereka sentiasa beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka dimuliakan oleh ahli di langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli di bumi.


4. Maunah.
Maunah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang soleh, yang apabila di timpa sesuatu musibah atau hal ke atas dirinya, mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui berbagai-bagai wirid, jampi dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain.
Maunah ini merupakan satu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang soleh. Mereka arif tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf tetapi kemampuan beramal mereka adalah terhad. Apabila berlaku sesuatu hal ke atas diri mereka samada mutlak dari Allah atau yang bersangkut paut dengan manusia, mereka terus melipatgandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai-bagai wirid, jampi, doa dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.





Empat Perkara Yang Di Keji


Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara tersebut ialah :-


1. Istidraj
Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin Islam samada yang soleh, fasik atau terdiri daripada Jin yang kafir.
Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :-


a) Ingin di puja.

b) Ingin dikunjungi oleh orang ramai

c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran

d) Ingin mendapatkan harta dan kuasa


Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah memang dijadikan Allah untuk menyukakan golongan yang seumpama itu dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka pada zahirnya kelihatan seperti orang yang beriman dan sentiasa menjaga syariat Islam serta berakhlak Rasul tetapi sebenarnya mereka beramal dengan perkara-perkara kufur dan telah terjun ke lembah kekufuran, samada mereka sedari atau tidak.


Punca kesesatan golongan ini ialah apabila rohani-rohani alam yang rendah mengunjungi mereka dalam tidur ataupun semasa jaga, dengan rupa atas nama-nama orang-orang soleh samada yang masih hidup ataupun yang telah mati atau mereka membuat Tajalli ketuhanan. Lazimnya mereka dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati, di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermula di saat itu diri mereka berada di dalam Syirik Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah.
Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya zahir perkara luar biasa pada perkataan, perbuatan dan kasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut kerana mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mengadakan beberapa keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka di anggap orang yang paling makbul doanya atau paling keramat. Jika dia seorang ulama, maka dia inginkan supaya di kunjungi, di puja dan di hormati sebagai seorang Ahlillah secara mutlak, sedangkan dalam masa yag sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan sebagai ulama, jika tiada pada dirinya, nyata beberapa perkara yang luar biasa.


2. Sihir.
Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-rang Islam yang durhaka (‘asi ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama dengannya. Sihir ini terjadi melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini terikat dengan perjanjian dan mengadakan jamuan yang harus dan haram di sisi Syarak. Mereka mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan kumpulan Jin Islam yang fasik dan daripada Jin yang kafir.
Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya Mulhid dan Zindik dalam bab aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai cara atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam. Antara mereka yang termasuk dalam golongan ini ialah :-


a) Kumpulan Hassan Anak Harimau

b) Wali Suci

c) Budi (Buddha) Suci

d) Batin Sakti

e) Hakikat Insan

f) Pati Geni

g) Fahaman Wahdatul Ujud dalam I’itiqad

h) Baginda Mukhtar

i) Lain-lain kumpulan yang tumbuh bagaikan cendawan di negara ini.


3. Silap Mata.
Silap Mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak.


4. Sya’wazah.
Sya’wazah ialah perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya apabila mereka meminta sesuatu yang baik, tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda.







sumber : ABJAD MALAYSIA

Thursday, October 23, 2008

sanad pertubuhan ABJAD Malaysia dan rabitah wasilah Tuan Guru Sheikh Mahmud NAsri Osmani.

sanad pertubuhan ABJAD Malaysia


Tok Kenali Kelantani



Tuan Guru Ayahanda Ustaz Ahmad Bin Che Din (anak murid Sheikh Mahmud merangkap Yang Di-Pertua Guru Ijazah Pusat )





Sheikh Mahmud Nasri Osmani (Pengasas ABJAD Malaysia)


Sheikh Mahmud Nasri dikenali ramai oleh masyarakat negeri Kedah, Seberang Perai, sebagai seorang ulamak, tok guru pengasas pondok lanai negeri kedah, dengan nama madrasah misbahul Salam .beliau juga pengasas dan tok guru yang mengajar segala kitab-kitab dipondoknya. Selain daripada itu, beliau juga menjadi guru mengajar agama disurau dan masjud yang menjemout beliau mengajar kitab-kitab. Beliau mengajar ialah ilmu tauhid, fekkah , tasauf dan lain lain lagi, Isterinya mengajar Al-Quran dan kitab-kitab asas fardhu ain. Beliau juga sentiasa memenuhi masa lapangnya dengan Uzlah bersendirian. Tujuan berusaha memisahkan hatinya kepada musyahadah akan Allah Taala.


Asal keturunan


Namanya Sheikh Mahmud Nasri Othmani bin haji Othman bin Haji Senik bin haji wan Hashim bin haji wan Abdul wahab , Datuknya ialah Allahyarham Assyahid Tok Nik Had .Beliau adalah keturunan tok mekong Awang Hitam, yaitu seorang hulubalang melayu yang syahid dipancung oleh tentera kufar siam, ketika sedang solat dipinggir medan perang mempertahankan negeri dan kerajaan fathoni darul salam kira kira tiga abat yang lampau, mengikut jangkaan sejarah dalam tahun 1730M. Keturunan disebelah ibunya ialah haji mahmud nasri bin hajjah kamaliah binti haji saman bin haji abd samad (Tok Fakeh) bin hashim bin wan abdul wahab, Mengikut cerita allahyarham sheikh mahmud nasri, beliau adalah cicit almarhum penghulu kampong Bera fathoni namun wan hashim itu anak kepada asshahid Tok Nik Had (tok Mekong Awang Hitam). yang berpindah ke negeri kelantan ketika kejatuhan kerajaan islam fathani darulsalam kepada penjajahan siam. Bapanya haji Othman dilahirkan dikampung kuala lengkung kawasan bendang pendalaman kampong belimbin dalam jajahan pasir mas, dibesarkan dan didikkan oleh datonya dengan pelajaran agama kemudiasn belajar dipondok, setelah dewasa dibawa oleh datonya kenegeri kedah dan dinikak kan dengan ibunya (hajjah kamaliah) bagi merapatkan semula pertalian keluarga ketyurunannya, hasil perkongsian hidup itu Allah Taala mengurniakan anaknya seramai sepuluh orang yang bernama ismail, mahmud Nasri, Saat, Ahmad, Aisyah , salmah, cik, zainab, Rokiah, dan seorang lagi bernama Huduh.



Kelahiran

Dilahirkan dikampung alor besar kota sarang semut, kedah pada malam rabu 24 safar 1316 hijrah bersamaan 14 julai 1898 masihi. Ayahda dan ibunya mempunyai pendidikan agama yang kuat maka mereka membesarkan dengan didikan agama , asas pengajian Al-Quran semenjak kecil lagi dengan tekun serta sabar. Sheikh mahmud nasri dapat khatam Al-Quran ketika usia 7 tahun, lepas itu pula diserah kepada seorang guru Al-Quran yang mahir berasal dari Fathani Pak Ngah Idris untuk mendalami pelajaran Al-Quran dan pendidikan agama. Pak Ngah Idris itu datang bermukim di Kedah selama 5 tahun. Kebetulan ketika itu pengajian Islam pendidikan utama bagi orang melayu Malaya dan ramai anak-anak watan telah berjaya menuntut Ilmu ke makkatul mukarramah, jadi kedua-dua ibu bapanya tiadalah ketinggalan untuk mengasuh anaknya menimba ilmu pengetahuan yang berguna.


Mula berhijrah menuntut ilmu Setelah Khatam pengajian asas kepada gurunya pak ngah idris hinggalah anak muda yang kian meningkat remaja ini dicurahi rasa dahaga dan mencintai ilmu pengetahuan. Dengan berbekal semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu serta mencari keredhaan Allah Taala, ketika usia 12 tahun datang mengadap gurunya yang kedua di pondok gajah mati Tuan guru Haji Ismail @ Tok Chik Dol dalam daerah pendang kedah. Beliau menetap belajar di gajah mati selama 3 tahun, selepas itu beliau memohon izin kepada gurunya untuk berangkat ke pondok tuan guru haji yaakob kemelong Sik Kedah iaitu seorang ulamak yang masyur pada zaman itu, beliau berpondok di sik beberapa tahun dan lepas itu beliau memohon izin gurunya untuk berhijrah ke negeri Kelantan. Pada usia 18 tahun, beliau berhijrah ke negeri Kelantan menyambung pengajian kepada tuan guru haji Wan Ahmad bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang).



Berhijrah ke Negeri Serambi Mekah

Beliau berhijrah ke Negeri Serambi Mekah berhasrat menuntut ilmu kepada guru-guru yang mashur pada zaman itu, tumpuan awal beliau kepada tuan guru syeikh Wan Ahmad bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang), dipondok Padang Jelapang sebuah pusat pengajian pondok yang mashur pada zaman itu, beliau tinggal di pondok ini bersama kanda sulungnya Ismail mengikut cerita semasa beliau belajar di Padang Jelapang , beliau adalah seorang murid yang benar benar tekun dan mempunyai daya usaha sendiri untuk menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari dari gurunya disetiap bidang samada Feqah, Tauhid, Tasauf dan ilmu-ilmu alat yang lain, beliau juga mempunyai ilmu asas yang cukup dan semangat yang tinggi sebelum beliau berhijrah ke Kelantan itu dimana beliau telah belajar kepada gurunya di Kedah, dengan kerana itu kemungkinan menjadi sebab untuk beliau khatam cepat kitab-kitab yang beliau pelajari dari gurunya ditambah pula dengan syeikh Wan Ahmad Tok Padang Jelapang seorang ulama’ yang mahir serta berpengalaman luas dalam semua bidang ilmu pengetahuan, beliau berguru kepada syeikh Wan Ahmad selama lapan tahun, lima tahun di Padang Jelapang tiga tahun dipondok Pasir Mas Salor


Sepanjang beliau belajar dipondok Pasir Mas Salor, beliau sentiasa mengambil peluang mengikuti kuliah tuan guru syeikh Yusuf Kenali secara berulang alik, selain dari itu beliau juga suka mengambil peluang mendekati Tok Kenali bertanya khabar akan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu yang tidak jelas akan kefahamannya kepada Tok Kenali, kerana itu banyak kitab-kitab yang beliau belajar serta menerima ijazah gurunya Tok Kenali, Beliau sangat suka mendekati Tok Kenali dengan apa cara sekalipun sekiranya diberi peluang, pada pendapat beliau hanya cara-cara begini beliau berpeluang untuk menuntuti ilmu yang berbentuk khususiah. Mengambil faham dengannya yang mana guru-guru mereka tiada menyampaikan didalam bentuk kuliah-kuliah umum, terutama mengenai rahsia-rahsia ketuhanan dan makrifah bagi mencapai hati mushahadah Allah Taala dengan sebenar-benarnya. Mengikut kaedah ahli-ahli sufi. Selain daripada itu beliau berhajat supaya mendapat bimbingan secara terus daripada gurunya Tok Kenali seorang tokoh ulama’ yang sangat banyak ilmunya, kekeramatan dalam hidupnya, beliau juga selalu dijemput oleh gurunya tok kenali kerumahnya untuk mengurut badan tok kenali. Bermula dari sini beliau diberitahu oleh Syeikhnya Tok Kenali mengenai rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama ilmu shatar yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada seluruh alam manusia , yang melayakkan manusia seluruhnya menjadi Khalifah sekiranya manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan amalan khalifah pusaka wali agama islam, ilmu ini membezakan dengan ilmu nubuwwah dan ilmu risalah, kerana ilmu nubuwwah itu Allah Taala kurniakan kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja begitu juga ilmu risalah Allah Taala kurniakan kepda manusia yang berada pada pangkat Rasul alaihimussolati wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengambil contoh daripadanya dan menjadikan amalan hidup mereka selama-lamanya. sedangkan ilmu shatar itu ialah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan diantara hak hak kehambaan dengan hak hak ketuhanan. Maka dengannya dapatlah menunaikan hak hak kehambaan kepada allah semata mata untuk memilik memerintah segala isi kandungan langit dan bumi ciptaan allah taala, dimakmurkan mengikut acuannya sebagai amanah dari Allah Taala akan ilmu, harta, masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak hak kehambaannya.


Beliau menerima ijazah amalan khalifah pusaka wali Agama Islam daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali serta langkahan hulubalang rohani dan jasmani serta segala Aurad dan segala Ahzab segala Selawat Dalil-dalil khairat serta ilmu zahir, ilmu rohani segala kitab-kitab selepas mengikut cerita gurunya. Tok Kenali menyuruh beliau mengambil langkahan jabat 14, jabat penimbul, jabat besi, langkahan hulubalang kepada Tuan Guru Muhamad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat dan latihan aurad Muhamadiyah drpd Tuan GuruH Abdul Rahman Fathani. Kota Bharu dan segala latihan ilmu zahir, rohani, dan segala kitab daripada gurunya Sheikh Wan Ahmad bin Haji Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang).Setelah mengadap gurunya yang tersebut, beliau bertemu pula gurunya Sheikh Yusuf Kenali kemudian gurunya iaitu Tok Kenali menyuruh beliau mengulangi latihan ilmu rahsia , petua-petua hikmah, hulubalang khalifah pada gurunya Sheikh Mohd Taib bin Haji Abdul Rahman Jabat.


Latihan ini bertujuan menjaga keselamatan kesucian maruah agama diri keturunan hartabenda dan tanahair. Mengikut ceritanya lagi, gurunya Sheikh Mohd Taib itu, adalah guru agama yang mashur lagi ulamak pada zaman itu dan beliau juga guru silat, silat sheikh Mohd Taib namanya Seni Silat Khalifah.Dalam latihan silat Sheikh Mohd Taib itu, tiada terikat dengan satu susunan langkahan, tari dan buah. Bahkan diatas apa jua susunan langkah asalkan niat menjual dirinya dan hartanya kepada Allah dan Rasullullah S.A.W. untuk menjaga kesucian serta maruah agama islam diri keturunan hartabenda dan tanah air orang-orang islam. Wasilah rabitah kepada sultan auliya’ Syed Sheikh Muhyidin Abdul Qadir Jailani, Nabi Allah Khidir ‘Alaihi Salam , Nabi Muhammad S.A.W. serta menyeru diri zahir dan batin kepada keagungan kebesaran kemuliaan kekuasaan Allah Taala semata mata. Pada masa itu tiada siapa yang dapat menyaingi atau menandingi Sheikh Mohd Taib, banyak perkara mencarik adapt berlaku keatas diri Sheikh Mohd Taib, antaranya terbentuk sekumpulan awan hitam sentiasa memayungi beliau pada waktu cerah setiap kali beliau berjalan, dengan latihan inilah beliau memperkenalkan pula dengan nama Gerak Seni Silat Abjad.



Hasrat untuk pulang.

Setelah lapan tahun beliau menuntut ilmu daripada gurunya dan setelah beliau berusaha khatam semua kitab kitab pengajian daripada gurunya beliau berhasrat hendak pulang ke kedah. Semasa beliau pulang itu bersamanya beberapa sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Othman Yanusi, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Ibrahim. Sebelum berangkat pulang mereka semua mengambil peluang mengadap memohon izin guru-guru mereka terlebih dahulu. Akhirnya mereka mengadap Tuan Guru Sheikh Yusuf Kenali memohon izin dan menerima amanah serta memohon doanya untuk berangkat pulang berkhidmat dengan segala ilmu yang telah dipelajari itu. Antara permohonan beliau kepada Tok Kenali ialah “tuan guru, ana berhasrat hendak pulang ke kampung, berhasrat hendak mengajar dan cari harta sedikit-sedikit” . Maka jawab gurunya “dimana ada rimba disitu tempatmu, dimana kamu duduk, hendaklah mendirikan madrasah,kamu jangan tinggal madrasah”. Selepas mereka memohon maaf serta izin guru, mereka pun berangkat pulang dan semasa beliau pulang itu, beliau berusaha 27 tahun.



Pulang ke Kampung

Beliau pulang ke kampung dan tinggal bersama keluarganya. Tak lama selepas itu, beliau kembali semula ke Pondok Gajah Mati iaitu tempat mula-mula beliau belajar. Beliau tinggal di Pondok Gajah Mati dan tak beberapa lama kemudian, datanglah pula Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin menjemputnya. Beliau ke Penanti Bukit Mertajam di atas permintaan Tuan Guru Syeikh Uthman Jalaluddin supaya ganti buat sementara sehingga anaknya Haji Muthalib pulang mengambil tempatnya, kerana Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin berhasrat naik ke Makkatul Mukarramah semula dan anaknya iaitu Haji Muthalib pula masih lagi menuntut ilmu di Makkatul Mukarramah. Pada masa itu Syeikh Othman Jalaluddin memperkenalkan diri beliau dengan gelaran Lebai Salam, sebab itu kebanyakkan orang tua-tua di Penanti Seberang Perai kenal beliau dengan nama Lebai Salam.



Berkhidmat Di Penanti

Syeikh Mahmud Nasri yang diperkenalkan dengan nama Lebai Salam itu berkhidmat di Madrasah Manabil Ulum Penanti Bukit Mertajam lebih kurang 1 tahun, Setelah itu Tuan Guru Haji Muthalib pulang mengambil tugasnya seperti mana pesanan ayahandanya. Selepas itu Syeikh Mahmud Nasri dijemput pula oleh saudara sepupunya Tuan Imam Haji Yusuf Haji Ibrahim, Imam masjid Lenggong Perak pergi ketempatnya diatas hasrat menyebarkan ilmu pengetahuan Islam disana, Ketika itu beliau tiada keberatan menerima undangan tersebut dan tiada beberapa lama selepas itu beliau berhijrah ke Lenggong Perak Darul Ridzuan.



Berhijrah Ke Lenggong Perak Darul Ridzuan.

Menurut cerita, beliau berhijrah dan bermukim di Lenggong Perak selama lebih kurang 2 tahun. Beliau mengajar ilmu tauhid, fekah, tasauf, dimasjid dan surau yang terdekat dibeberapa tempat di daerah itu, semasa bermukim diLenggong beliau berkahwin dengan anak saudara sepupunya (Tuan Imam Haji Yusuf). Isterinya bernama Azizah dan pada ketika itu beliau berusia 31 tahun. Isterinya guru Al-Quran dan Fardhu Ain. Beliau belajar Al-Quran dan ilmu Fardhu ain dan lain-lain ilmu agama daripada ayahandanya sendiri dan bapa saudara iaitu Haji Ahmad atau dikenali juga dengan panggilan Pak Chu Mat Kelantan. Bapa saudaranya iaitu Pak Chu Mat Kelantan pula belajar Al-Quran dan kitab-kitab agama kepada Tuan Guru Haji Abdullah Senik di pondok Padang Pasir Mas Kelantan dan kemudian berhijrah ke Lenggong bersama isterinya dan menetap terus di Perak. Bapa mertuanya iaitu Haji Yusuf juga seorang guru agama dan sebelum itu pernah belajar agama di pondok Sungai Pinang kepada Tuan Guru Haji Abdul Malik Bin Haji Hasan semasa beliau menetap di Kelantan iaitu sebelum beliau berhijrah ke Perak Darul Ridzuan.Menurut cerita sejarah daripada mertuanya (Haji Yusuf), beliau berhijrah dan menetap di Lenggong selepas pembukaan daerah hulu Perak, Kelantan dan Pahang yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Abdul Raahman Jabat ayahanda kepada Tuan Guru Sheikh Mohd Taib. Ini disebabkan kerana daerah hulu Perak, Kelantan dan Pahang pada ketika itu adalah kawasan bahaya bagi orang Fathani Kelantan Jawa dan Sumatera kerana daerah ini dikuasai oleh raja berempat iaitu raja bagi kaum orang-orang asli yang berpusat di Lojing yang mana sesiapa sahaja yang memasuki kawasan dan daerah itu akan diganggu oleh binatang-binatang buas yang dipuja oleh mereka. Setelah Sheikh Abdul Rahman Jabat membuka kawasan dan daerah itu maka daerah itu menjadi selamat, kisah ini meninggalkan kesan sejarah di hulu Perak, Kelantan dan Pahang dengan lambang Gajah Putih iaitu tunggangan Tengku Abdul Rahman Tok Tama atau Sheikh Abdul Rahman Jabat.


Tiada berapa lama selepas perkahwinan beliau dan beliau merasai hasratnya dan amanah gurunya belum dilaksanakan, maka Sheikh Mahmud Nasri pun mengambil keputusan untuk berhijrah ke negeri Kedah semula untuk menunaikan hasratnya dan amanah gurunya. Maka pada awal tahun 1932 masihi beliau berhijrah ke negeri Kedah dan berhasrat membuka pondok sendiri dan kawasan yang ditujui oleh beliau ialah sebuah rimba yang baru diterokai oleh penduduknya yang mana mereka tidak mempunyai guru yang boleh mengajar mereka tentang ilmu-ilmu agama.


Membuka Madrasah Misbahus Salam.

Pada 12 rabi’ul awal 1351 H bersamaan 15 Ogos1932 M beliau berhijrah ke Kampung Lanai daerah Baling dalam negeri Kedah Darul Aman, Lanai pada ketika itu adalah merupakan sebuah kawasan yang masih baru yang mana ia meliputi hutan dan rimba yang belum diterokai dan hanya didiami oleh beberapa buah rumah keluarga sahaja Di kawasan inilah pada pendapatnya seperti yang disifatkan oleh gurunya (Sheikh Muhammad Yusuf Al-Kenali) untuknya menetap dan membuka pondok.Penduduk Lanai pada ketika itu mengerjakan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Kampung Padang yang mana jaraknya daripada Lanai lebih kurang 15 kilometer dengan berjalan kaki. Beliau merasai amat sesuai untuknya menetap di kampung Lanai lalu bersetuju bersama beberapa orang penduduk setempat berusaha mendirikan sebuah madrasah untuk digunakan sebagai tempat solat di samping belajar agama dan memberi nama madrasah tersebut dengan nama Madrasah Misbahus Salam.


Selepas pembukaan Madrasah Misbahus Salam itu, Lanai dan kawasan yang berhampiran dengannya menjadi terkenal. Maka ramailah masyarakat luar yang datang berhijrah ke Lanai untuk menuntut ilmu pengetahuan di pondok tersebut yang mana gurunya adalah murid kepada ‘ulama yang terkenal di asia tenggara iaitu Sheikh Muhammad Yusuf Kenali Al-Kelantani.
Sebelum itu Lanai adalah sarang segala khazanah yang akhirnya menjadi kota ilmu pengetahuan agama Islam. Maka masyhurlah di dalam negeri Kedah nama Lanai disebabkan adanya Pondok Lanai dan semakin bertambah masyarakat yang datang serta menetap di Lanai terutamanya di Pondok Lanai.Apabila masyarakat Lanai menjadi semakin banyak, maka pada tahun 1938 M, Madrasah Misbahus Salam serta tapaknya itu sekali menjadi kawasan masjid dan tanah perkuburan qariah Lanai dan Madrasah Misbahus Salam berpindah ke kampung Caruk Salang kira-kira 3 kilometer dari Pondok Lanai yang asal.


Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar yang tinggal menetap di Pondok Lanai turut berhijrah bersama guru mereka (Sheikh Mahmud Nasri) ke pondok barunya di Caruk Salang. Selepas itu pada tahun 1940 M di negeri Kedah berlaku darurat yang mana penaklukan tentera Jepun keatas Tanah Melayu. Selepas itu pergerakan Komunis memerintah menyebabkan berlakunya peperangan, kecurian rompakan, samun di sana sini, kekurangan mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, perusahaan pertanian dimusnahkan dan sebagainya menyebabkan pelajar-pelajar di pondok tersebut terpaksa meninggalkan tempat pengajian mereka atas dasar keselamatan disamping mencari bekalan makanan dan tidak kurang juga hampir separuh daripada pelajar-pelajar tersebut yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Selepas penyerahan tentera Jepun, datang pula tentera Komunis dengan tujuan yang sama seperti tentera Jepun.Dan pada masa itu beliau (Sheikh Mahmud Nasri) menumpukan perhatiannya kepada usaha memulihkan semula keamanan negara manakala di bidang pertanian, beliau mengusahakan sawah padi di kawasan Sungai Tembak sebagai sumber makanan hariannya.


Dalam memulihkan semula keamanan negara, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Guru Haji Yahya Taha Kampung Pisang, Kupang Baling, Kedah.Satu kisah yang berlaku semasa darurat di zaman Komunis bilamana Pegawai Daerah Baling iaitu Tuan Syed Abu Bakar telah ditangkap oleh tentera Komunis dan dibawa ke kem Komunis di kampung Dalam Wang Bawah Gunung,Baling dan diikat seluruh badannya, tentera Komunis menggali sebuah lubang kubur untuk menanam Syed Abu Bakar hidup-hidup, ketika itu kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Badlishah memohon pertolongan Tuan Guru Haji Yahya Taha untuk menyelamatkan Syed Abu Bakar.Tuan Guru Haji Yahya Taha segera menubuhkan satu pasukan penyelamat yang mana menurut cerita seramai 125 orang dan diketuai oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani, Tuan Haji Daud Bongor, Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan lain-lain lagi berangkat dengan misi menyelamatkan Syed Abu Bakar. Mengikut cerita Komunis, daripada sejumlah 125 orang penyelamat yang menyertai misi tersebut, hanya tiga orang sahaja yang berjaya sampai menyelamat Syed Abu Bakar dan dianggarkan seramai 600 orang Komunis dengan diketuai oleh Cheng Peng dan beberapa orang Melayu.Tentera Komunis hanya menyedari akan kedatangan pasukan penyelamat tersebut apabila tali yang diikat oleh tentera Komunis pada badan Syed Abu Bakar telah dibuka, pada ketika itu mereka sedang mengepung.Dalam keadaan yang demikian itu, pasukan penyelamat tersebut telah memohon kepada Cheng Peng untuk membawa keluar Syed Abu Bakar daripada tempat tersebut dan Cheng Peng telah mengizinkan mereka untuk beredar.Keadaan bertukar menjadi sebaliknya selepas pasukan penyelamat beredar dari tempat tersebut kira-kira 40 meter bilamana Cheng Peng telah mengarahkan tenteranya menembak pasukan penyelamat tersebut.Selama hampir 30 minit berlakunya kejadian tembak menembak, akhirnya pasukan penyelamat tersebut dapat menyelamatkan diri bersama dengan Syed Abu Bakar dan pasukan penyelamat berjaya membawa keluar Syed Abu Bakar kemudian menyerah kepada pasukan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Badlishah yang bersama Tuan Guru Haji Yahya Taha yang sedang menunggu di Kampung Caruk Bembam,Kupang. Tempat penyerahan tersebut sekarang ini telah dibina sebuah sekolah menengah dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Syed Abu Bakar Baling. Tidak lama kemudian tentera Komunis telah menyerah kalah, tentera British menguasai semula dan akhirnya keamanan Tanah Melayu telah kembali pulih seperti biasa.


Pembukaan Madarasah Misbahul Falah Madrasah Misbahul Falah telah ditubuhkan pada tahun 1957 setelah terjadinya kesepakatan diantara Tuan Haji Abu Bakar iaitu bapa mertua kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih dan penduduk tempatan serta kerjasama daripada Tuan Guru heikh Mahmud Nasri Osmani.
Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih adalah anak kelahiran Kelantan yang berasal dari daerah Pengkalan Chepa Kota Bharu.Beliau adalah merupakan anak murid kepada Tuan Guru Haji Yahya Taha Kampung Pisang kemudian melanjutkan pelajaran ke Makkatul Mukarramah dan berguru kepada beberapa orang tuan guru disana seperti Tuan Guru Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (Pak Da’el), Sheikh Mukhtar Abdul Malik Kudri Al-Makki, Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili dan Sheikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kelantani Al-Makki.
Sekembalinya beliau dari Makkatul Mukarramah bersama isteri dan anak-anaknya dan beliau telah selesai menuntut ilmu pengetahuan serta berbekalkan dengan keazaman yang kuat beliau berhasrat pula untuk membuka sebuah pusat pengajian bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan agama islam kepada anak bangsanya.Atas kehendak ayahandanya, Tuan Guru Sheikh Omar Zuhdi mengambil keputusan menetap di Banggol Berangan Lanai, Kupang Kedah serta membuka pondok pengajian diatas nama Madrasah Misbahul Falah.


Menurut perancangan awal, pembukaan Madrasah Misbahul Falah akan dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Badlishah pada tahun 1957. Setelah hari keberangkatan baginda sultan Kedah ditetapkan dan segala persiapan telah diatur termasuklah majlis kenduri dan sebagainya, datang satu berita yang mengatakan bahawa baginda sultan Kedah telah mangkat. Pihak pengurusan Madrasah mengadakan acara tahlil sempena kemangkatan sultan Kedah dan Madrasah Misbahul Falah tersebut dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih.


Madrasah Misbahul Falah terus berkembang mengikut manhaj yang telah disediakan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi sendiri, mengikut system pengajian Nizhomi dan Umumi.Sistem pengajian nizhomi adalah system pengajian kelas bermula tahun I’dadi hingga ke thanawi dan sistem pengajian umumi adalah pengajian kitab-kitab torah dari kulit ke kulit.Sistem pengajian nizhomi dan umumi mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan masyarakat yang dahaga ilmu pengetahuan agama serta dapat berjalan sehingga sekarang ini. Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani pula mendirikan sebuah madrasah mengekalkan nama madrasah Misbahus Salam di rumahnya berhampiran dengan madrasah tersebut.Beliau membantu mengajar kitab-kitab torah secara umumi kepada mana pelajar yang berada di madrasah Misbahul Falah yang gemar menuntuti ilmu kepadanya.



Gerak Seni Silat Abjad yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani adalah sebagai ganti nama kepada nama asal ilmu dan amalan yang diterima daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali dan menerima latihan daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman Jabat.Adapun sebab beliau memperkenalkan di atas Gerak Seni Silat Abjad ini mengikut cerita isterinya ialah kerana pada masa itu beliau melihat sendiri akan kedudukan umat melayu islam terumbang ambing mencari perlindungan setelah negara menghadapi kelompok perkauman hasil percatuan parti, politik, pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan masyarakat dan orang perseorangan berlaku pertumpahan darah yang dikenali peristiwa 13 / 5 / 1969 (13 Mei), ketika itu lahirlah berbagai-bagai ajaran syirik, khurafat dan bid’ah berlaku berleluasa dalam masyarakat umat melayu.Ketika itu dan ketahui olehmu serta insaf baik-baik bahawa tiada perkara yang lebih besar daripada bahaya kufur melainkan bahaya bid’ah yang dilaknat oleh Allah akan orang-orang yang berbuat akan dia.Seperti mana sabda Nabi S.A.W.


Maksudnya :
“Barangsiapa mengada-ngadakan sesuatu pekerjaan yang tiada ia daripada agama, maka Allah S.W.T. melaknat keatasnya”.


Maka melihatlah oleh saya ketika itu berbagai-bagai ragam ilmu, amalan wirid, jampian yang diada-adakan yang tiada pada asal agama, sebab menyangka mereka itu dengan jahilnya bahawa memberi bekas yang lain daripada Allah ta’ala dengan waham dan khayal yang fasiq, dengan istidraj Allah ta’la akan mereka itu bahawa memberi manfaat akan dia supaya mencapai kehendak mereka itu akan perkara mencarik adat di dalam perkara agama bagi mereka itu, antara perkara-perkara yang diada-adakan ialah umpama lahirnya beberapa kumpulan yang mengadakan kaedah atau petua mengikut logic akal antaranya :

i . mengadakan petua atau satu kaedah bersumpah atau mubai’ah bertujuan mencari kekuatan atau hikmah yang mencarik adat.


ii. Mengadakan petua atau kaedah yang besrtakan pantang larang menepati hukum syara’ harus atau haram.


iii. Mengadakan petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan sesuatu perkara hikmah atau mencarik adat luar biasa.


iv. Mengadakan petua ataukaedah yang mesti berpegang kepada ayat, wirid, jampian doa, azimat, tangkal, dan lain-lain yangzahir semata-mata atau berpegang kepada mana-mana i’tiqad Qadarih, Jabariah atau Mu’tazilah.


v. Mengadakan yang tiada tahu akan asal usulnya dari mana, di mana dan ke mana.
Menyedari betapa gemarnya kehendak umat melayu kepada kekuatan dan kebenaran Islam itu sendiri sepertimana firman Allah ta’ala :


Mafhumnya : “Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasullullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya”. (Al-Hasyar ayat 7)

Gerak Seni Silat Abjad diperkenalkan adalah sebagai ganti nama kepada Amalan Pusaka Wali Khalifah Agama Islam yang diwarisi daripada gurunya Sheikh Yusuf Al-Kenali Al-Kelantani serta menerima latihan ilmu rahsia, petua hikmah, hulubalang khalifah daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat yang berwasilah rabitah kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu yang sampai kepada hakikat tauhid serta yang sah i’tiqadnya dan muafakat pula i’tiqadnya itu bagi ahli sunnah wal jama’ah dan berjalan pada zahirnya dengan syariat yakni muafakat pada zahir dengan syariat Muhammadiah dan batin pula dengan tariqat Ahmadiah (yang dikehendaki di sini ialah perjalanan yang mengikut perjalanan yang bercontoh dengan nabi Muhammad S.A.W.) hingga merdeka ia daripada segala yang lain daripada Allah dan kepada Allah ta’ala jua.


Adapun bagi setiap mereka yang bersilat itu ataupun bagi Gerak Seni Silat Abjad yang menerima talqin ucapan dua kalimah syahadah serta memfardhukan Islam keatas dirinya untuk memelihara segala anggotanya pada gerak dan diam barang yang diantaranya dan di antara suruhan Allah ta’la.


Maka lahirlah kekuatan keatas dirinya bagi menjaga maruah agama, diri, keturunan, harta benda dan tanah air.


Maka bagi setiap silat hendaklah ia tolak atau buang akan lima perkara yang telah disebut terdahulunya dan menegakkan lima perkara iaitu :


i . Iman yang teguh serta beradab mukmin.

ii. Sejahtera diri, Keluarga, masyarakat dan tanah air.

iii. Melazimkan ihsan di setiap tempat, waktu dan masa.

iv. Menjadi umat yang diterima.

v. Mati dalam kebajikan (husnul khatimah)

Dan hendaklah ia melazimkan akan lima perkara :

i . Membuat kaifiat adab sebelum melaksanakan apa-apa kerja atau amalan atau latihan.

ii. Mengambil langkah sunnah atau langkahan hulubalang mempertahankan diri.

iii. Membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat atau apa-apa zikir, wirid yang telah disusun oleh ‘ulama muktabar yang ahli pada babnya sebagai zikir taqarrub.

iv. Membaca Al-Fatihah hadiah sebagai tabarruk.

v. Menghadiri majlis pengajian agama Islam dengan rupa mengjar, belajar, mendengar, bermuzakarah, mutala’ah, muraja’ah dengan mereka yang ahli pada babnya sekira-kira ada masalah yang dihadapi atau di musykili.





Kata-kata wasiat

Banyak barang tiruan dalam pasaran,
Barang asli dalam rumah ahli,
Dapat beza dalam majlis tandingan,
Datang benar hancur binasa yang bathil,
Benar tetap benar, bathil tetap bathil,
Datanglah kepada kami jika mahu barang yang asli,
Tiada menjadi korban pengorbanan,
Tiada dimahkotakan pahlawan,
Nafsu tujuh rupa tujuh terbit,
Taulannya di luar atas rupanya baik atau jahat,
Tiap-tiap bergerak ditanya guru asal,
Dosa pahala dikira melaluinya,
Tiada guru syaitan mengaku jadi guru,
Ahli sufi palsu berbagai ragam ratib jampian,
Lumrah insan kalah memakai menang membeli.








-ambilan

*wikipedia

*laman rasmi Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Asli Jabat Kilat Malaysia

Monday, October 13, 2008

salam nippon...dari matang wildlife resort, sarawak

mentari mereka masih cerah
walaupun kadangkala kabus tebal menutup liang2 cahaya
mentari mereka menyinari buana
walaupun desas desus unggas
dan laung megah air gah menghempap batu

suaranya ayu menghias bait-bait puisi
lena mengjangkau mimpi
yang terbuai-buai sentiasa di setiap detik
ramah tamah merapati setiap insan
aku senang dan bahagia
namun kadangkala serik
takala atuk bercerita
tentang sakit dan pedih
makan ubi kayu dan air dari buyung ibu.

Tuesday, September 23, 2008

Filem Korea yang best


Setianya Izrail kepada Allah S.W.T

Bila izrail datang memanggil jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil sekujur badan nan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal dan takwa itulah hanya pembela kita
Jangan mahu disanjung2 engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi berjuang lah hidup sepanjang zaman

Tuesday, September 16, 2008

Filem dan Drama Melayu yang kian dilupakan

adakah anda sedang melihat cerita melayu sekarang ini?...bagaimana komen anda??...



Bila sebut sahaja filem dan drama melayu mungkin ada yang hendak termuntah kerana muak melihat cliche yang sama dalam setiap babak yang dilakonkan oleh pelakon yang sama. Perkara ini yang jelas di dalam industri perfileman kita pada hari ini. Jauh ketinggalan daripada pengeluar filem dan drama asia yang lain seperti, Korea dan indonesia yang mempunyai "tredmark" mereka tersendiri.

bukan semua filem dan drama Malaysia tak bagus, cuma sesetengah filem sahaja yang memaparkan khayalan dan fantasi, tidak mahu pula memaparkan realiti sebenar masyarakat malaysia. Contohnya tentang tradisi masyarakat Malaysia yang jika disenaraikan terlampau banyak. Orang India bangga dengan makan nasi di atas daun pisang sambil memerang nasinya setelah diletakkan kuah bangjir!!. Mereka bangga!. Tetapi kita jarang sekali hendak melihat drama dan filem di malaysia membanggakan tradisinya. Makan di kedai pun jarang sekali nak tengok orang makan dengan menggunakan tangan. Kalau orang makan dengan tangan nampak pelik!. Bukan kata budaya, sunnah nabi pun susah nak ikut.

Filem dan drama Korea semakin giat untuk mempromosikan kebudayaan mereka. Dalam setiap filem dan drama Korea yang aku lihat sentiasa ada benda yang hendak disampaikan tentang kebudayaan mereka. Pakaian, Seni mempertahankan diri, malah makanan mereka sentiasa ada di dalam setiap babak yang ditunjukkan. Dala m filem aksi sebagai contoh, Seni




Fist of Fury - Mendapat perhatian ramai


mempertahankan diri yang mereka gunakan semuanya adalah Teakwando. Sebab apa aku tahu mereka menggunakan Teakwando?...sebabnya Teakwando asalnya dari Korea dan jika penonton yang belajar Teakwando mesti kenal pergerakkan mereka. Kalau kita buat filem aksi aku rasa takda yang hendak bersilat. Dalam filem Puteri Gunung Ledang sekalipun hanya menggunakan pakaian dan bahasa sahaja yang mahu ditunjukkan sebagai warisan melayu. Selebihnya kareografi untuk pesilat adalah menggunakan stuntman cina??...apa nak jadi??...rosak seni silat. Tiara pegang pedang pun ada yang bising. Tiara pegang pedang silap. So????


Budaya seni silat dalam filem dan drama sudah kian lupus dan tidak seperti dahulu yang boleh kita banggakan seperti drama semutar hitam, filem hang tuah ( Jamal Abdillah ) dll. "Locheng Maut( 1977 )"yang dikeluarkan oleh syarikat Shaw Brothers sebagai contoh jelas untuk mempromosikan Silat Seni Gayong Malaysia yang mana pelakonnya adalah Guru Awang Daud. Itu barulah yang dinamakan sebagai pelakon dan pengiat filem dan drama. Jangan kita asyik memandang kepada kebudayaan orang lain sehingga kita lupa untuk mengekalkan kebudayaan kita sendiri.
-kita harus meneruskan
dan memperjuangkan warisan bangsa
-sumber > flickr.com

sudah 51 tahun kita merdeka. Tetapi kita masih ditampuk yang lama di dalam industri drama dan filem. Filem dan drama patriotik juga dah jarang kita lihat di kaca tv. Tunggu "hari merdeka" barulah boleh menonton filem yang jarang-jarang sekali ditonton oleh orang ramai dan "peminat drama dan filem". Kenapa kita tidak boleh menghasilkan filem dan drama untuk tontonan sepanjang masa, maksudnya drama dan filem patriotik. Barulah anak-anak muda kenal "Malaysia". dan tidak perlu melakukan kempen yang membazirkan wang kerana filem dan drama boleh disimpan sebagai satu khazanah untuk hari muka. Kalau buat kempen sampai mati pun tak habis.






















Anak halal - antara yang terbagus!





-tak kenal maka tak tahu, yang tahu belum tentu kenal.

Monday, September 15, 2008

kenapa???





kenapa orang silat selalu buat demonstrasi ?????







Dari segi pandangan umum, demonstrasi silat dilakukan adalah untuk menarik minat masyarakat agar melibatkan diri di dalam persembahan silat yang ditunjukkan kepada mereka. secara nyata "kehebatan" para pesilat dan "isi" nya haruslah mantap untuk menarik minat orang lain agar menyertai silat. Namun begitu jika tersalah langkah, sedar atau pun tidak demontrasi akan memberi kesan negetif kepada para pesilat sendiri iaitu sifat bongkak dan takbur terhadap diri mereka.




Daripada pandangan aku, silat dipersembahkan adalah untuk menyatakan yang haq daripada yang batil. Perkara ini telah dinyatakan oleh Syeikh Anas salah seorang daripada ahli ABJAD Malaysia. Tontonan yang hakikat adalah mengajak manusia mengesakan Allah S.W.T samaada daripada segi perbuatan, niat dan lafaz. Manusia tidak mempunyai sebarang kekuatan tetapi kekuatan yang ditunjukkan adalah pemberian Allah S.W.T. Perkara ini yang mungkin jarang pesilat atau pertubuhan silat fikirkan. Mereka membuat demonstrasi hanyalah untuk mengajak orang lain belajar silat dengan niat membela warisan bangsa melayu. Jarang sekali kita lihat selepas membuat demonstrasi ada dilakukan ceramah tentang Akidah, Syariat dan Akhlak yang perlu kita bentuk untuk belajar dan mengamal ilmu persilatan. Tetapi terpulang kepada keprihatinan penonton dan juga terhadap diri pesilat itu sendiri bagaimana untuk menghiasinya. Pesilat tidak boleh "syok sendiri" dengan menayangkan kehebatannya kepada orang lain. Perkara tersebut adalah "Pantang seorang pesilat" kerana terpaksa merahsiakan buahnya. Syeikh Anas berkata lagi bahawa bersilatlah sampai kita kenal Allah...kalau tak kenal kena bersilat banyak-banyak. Sejauh mana kebenaran pernyataan tersebut?

ayahanda Zainuddin -Ipoh

panduan mengenalpasti ajaran sesat di dalam sebarang pertubuhan...agama, silat, dll


Maksud Ajaran Sesat Ilmu dan amal yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang muslim lagi mukmin melalui lidah, anggota dan hatinya di semua tempat,waktu dan masa dikala itu jadilah orang itu,

1. Murtad
2. Munafik
3. Zalim
4. Fasik

dan lain-lain istilah yang diringkaskan dalam kata “kufur dan maksiat”.Bagi setiap orang Islam, apabila disebut sesat ertinya Aqidah, Syariatdan Akhlak seseorang muslim lagi mukmin itu sudah batal melalui salah satu daripada tiga perkara atau dua daripada tiga perkara atau ketiga-tiganya sekali serentak, bukan di tempat mengajar atau belajar agama dan dengan sengaja iaitu melalui

1. perkataan
2. perbuatan
3. qosod hati

Dosa jadi murtad dan dosa segala kerja buat semasa di dalam murtad tidak diampun oleh Allah s.w.t. dengan hanya kembali semula kepada agama Islammelalui ucapan dua kalimah syahadah, melainkan hendaklah disertakan dengan taubat nasoha yang sebenar-benarnya.

1. Sesat Melalui Perkataan Iaitu segala ucapan kata dengan kalimah-kalimah atau ayat yang memberi faham di mana kalimah-kalimah atau ayat yang diucapkan itu tersasar daripada qowaid syari’yah. Perkara sebegini berlaku ketika bercakap biasa, ketika marah, ketika bergurau senda dan lain-lain. Ianya terdapat juga dalam bentuk jampi serapah mentera yang diamalkan oleh orang-orang fasik dan jahil yang diambil daripada orang-orang kafir,munafik, zalim, fasik yang dikenali dengan nama Kahin, Arrof, Munajjimatau Sami-sami, Padri-padri atau Rahib-rahib. Peringatan Segala rupa bentuk kalimah atau ayat-ayat atau jampi-jampi daripada ulamak-ulamak Islam yang ahli pada babnya walau di dalam apa bahasa sekali pun tidak termasuk di dalam bab tersebut.

2. Sesat Melalui Perbuatan Perlakuan atau perbuatan seseorang muslim itu menyerupai sama seperti orang-orang kafir dalam ubudiahnya dan dalam hidup hariannya melanggar segala hukum syarak samada wajib atau haram dengan sengaja.

3. Sesat Melalui Hati Qosod dan Iradat jahat yang timbul di dalam hati yang tersasar daripada qowaid syari’yah yang hanya pelaku itu sahaja yang tahu.Sesat syariat semata-mata yang tidak ada hubung kait dengan aqidah hanya menyebabkan dosa besar. Begitu juga sesat akhlak semata-mata yang tidak ada hubung kait dengan aqidah, hanya menyebabkan tidak ada pahala sesuatu kebaikan yang diamalkan.

Menjadi tanggungjawab sebagai wajib fardhu ain setiap muslim mencegah dirinya daripada jatuh ke dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.?

Menjadi tanggungjawab suami mencegah isterinya daripada menjadi murtad.?

Menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mencegah anak-anaknya menjadimurtad.?

Menjadi tanggungjawab setiap wali-wali (penguasa-penguasa yang beragama islam) mencegah orang-orang muslim di bawah jagaannya daripadamenjadi murtad.?

Menjadi tanggungjawab pemerintah-pemerintah Islam mencegah rakyatnyayang beragama Islam daripada menjadi murtad dengan mengujudkan suatuundang-undang Riddah ke atas rakyatnya.

Umat Nabi Musa Kalimullah a.s. berpecah 71 puak. Manakala 70 puak berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak sahaja yang jadi mukmin lagi muslim.Umat Nabi Isa Ruhullah a.s. berpecah kepada 72 puak. Manakala 71 puakberada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim.Umat Nabi Muhammad s.a.w. berpecah kepada 73 puak. Manakala 72 berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim. Puak Ahlus Sunnah WalJamaah dalam aqidah, syariat dan akhlak.

Dewasa ini Ahlus Sunnah Wal Jamaah:-

i. Dalam aqidah itu berada di dalam aliran Abu Hassan Asya’ari dan Abu Mansur Maturidi.

ii. Dalam syariat iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam alirana. Imam Syafieb. Imam
Malikic. Imam Hambalid. Imam Hanaf

iiii. Dalam akhlak iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aliran Junaid Al-Baghdadi, Al-Qusyairi, Al-Ghazali, Asy-Sya’rani danulamak- ulamak muktabar seumpama mereka itu.

(A) 72 PUAK YANG SESAT AQIDAH ITU IALAH :KAUM RAFIDHIYAH - 12 PUAKAntara I’tiqad mereka:

a) Bahawa Saidina Ali turun dari langit atas rupa awan ketuhanan lalu berupa manusia maka dilakukanlah beberapa pekerjaan yang dibangsakan kepada ketuhanan. Setelah itu naik pula ke langit

b) Bahawa Saidina Ali itu nabi; Jibril tersalah membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w

c) Bahawa Saidina Ali dan Nabi Muhammad s.a.w. bersyarikat dalam pekerjaan Nubuwah.

d) Bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus kepada Saidina Ali. AdapunAbu Bakar , Umar dan Osman r.a. sentiasa berada dalam kafir apabila menerima dan memegang jawatan khalifah Rasullah. Mereka menyumpah sahabat-sahabat agung Rasulullah dan lain-lain sahabat yang tiada seketurunan atau sebangsa dengan Saidina Ali.

e) Apabila roh keluar daripada suatu jasad anak Adam maka masuk pulakepada jasad yang lain dengan nama dan rupa yang lain atau serupa.

f) Bahawa Saidina Ali akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum qiamat, menghukum akan semua musuh-musuhnya dan tempatnya sekarang inididalam awan. Guruh dan kilat itu suara cemetinya.

g) Bahawa Allah s.w.t. terkadang-kadang zahir atas rupa manusia maka dinamai akan dia nabi atau Imam. Lalu mengajak manusia kepada ugama Islam yang lurus. Jikalau tiada demikian itu maka sesatlah semua makhluk .

h) Bahawa zat Allah Ta’ala itu menjelma masuk dalam sesuatu dan sebati dengan dia.KAUM JABARIAH – 12 PUAKAntara I’tiqad mereka;

a. Iman dan taat dan kufur dan maksiat semata-mata daripada Allah.Tiada pada hamba ikhtiar usaha, teguh cita-cita dan rangkaian doa.

b. Gugur taklif syarak daripada hamba.

c. Buat baik tiada dapat kebajikan atau pahala, buat maksiat tiada dapat balasan jahat dan putus asa daripada rahmat Allah.

d. Buat baik tiada dapat pahala, buat jahat tiada dapat siksa.

e. Tafakur itu lebih baik daripada segala ibadat samada fardhu atausunat.

f. Sesiapa yang menagih kekasih Allah dan bersih daripada hawa nafsuyang jahat dan ada ilmu tiada perlu lagi buat amal ibadat.

g. Bahawa orang-orang kafir dan ahli-ahli maksiat tiada akan ditanya diakhirat kelak kerana segala-galanya itu Allah yang melepaskannya.

h. Bahawa Allah tiada menyeksa segala hamba-hambanya, kalau Allah siksa juga maka Allah itu zalim.

i. Allah meghidupkan segala kafir dan segala orang yang bersalah didalam neraka, selepas itu dimatikan pula dan tiada hidup lagiselama-lamanya.

j. Apabila Allah selesai menjadikan makhluk maka beristirehatlah ia. Dantidak tiap-tiap suatu zahir pada waktunya yang ditetapkan itu dengansendirinya dan putus hubungan dengan Allah.

k. Apabila sampai kepada darjah kekasih Allah (wali Allah) yang tinggigugurlah taklif syara’ hanya tafakkur semata-mata.

l. Harta dunia bersyarikat di antara semua keturunan Adam dan Hawa danhalal mengambilnya tiada hak tegahan ahlinya.

m. Apabila terasa di hati hendak melaksanakan sesuatu kebajikan atau kejahatan hendaklah segera mengerjakan akan dia kerana itu wahyu Allahyang dicampakkan di dalam hati.

n. Barangsiapa belajar ilmu jadilah ia berada dalam syirik danmenegahkan daripadanya jadilah ia kafir.

o. Bahawa semua yang difardhu oleh Allah boleh buat jika rajin dan bolehtinggal jika malas.

p. Segala perintah Allah itu hanya sekali sahaja tiada berulang-ulang.

q. Hamba tiada mukallaf selain daripada iman dan kufur.

r. Dipanggil mukmin hanya mengucap dua kalimah syahadah, menghilangkandia jadi kafir tidak perlu lagi melaksanakan lebih daripada itu.

KAUM KHARIJIAH – 12 PUAKAntara I’tiqad mereka:

a. Bahawa yang menjadikan kebaikan itu Allah dan menjadikan kejahatanitu hamba dan menghukum kafir akan orang Islam yang melakukan dosabesar.

b. Bahawa zakat tiada fardhu. Boleh menghimpun harta sebanyak mana yang disukai walaupun dengan apa cara sekalipun , dan tiada harus memberi zakat kepada sesiapa pun kerana tiada tahu mukmin atau kafir.

c. Allah menghimpunkan dosa syirik jali, tidak perlu mengucap dua kalimah syahadah kembali kepada Islam.

d. Beriman dengan segala yang ghaib itu batal.

e. Allah tiada menghukumkan makhluk dengan suatu hukum.

f. Matahari, bulan dan bintang bukan makhluk Allah.

g. Semua perempuan itu perhiasan bagi lelaki. Boleh wat’ei dahulu sebelum nikah.

h. Saidina Ali itu kafir.

i. Bahawa Abu Bakar, Umar r.a. itu sahaja mukmin. Tiada tahu lain daripada itu kafir atau mukmin.

KAUM QADARIAH – 12 PUAKAntara I’tiqad mereka :

a. Segala usaha ikhtiar, teguh cita-cita dan rangkaian doa hamba memberi bekas dengan sendiri setelah Allah menjadikan ikhtiar usaha, teguhcita-cita dan rangkaian doa hamba.

b. Syaitan itu serupa dengan Allah kerana tiada mempunyai ujud yang nyata.

c. Menjadikan kejahatan itu syaitan jua dan menjadikan kebaikan ituAllah jua.

d. Qada’ dan Qadar itu bukan daripada Allah.

e. Beramal ibadat itu sia-sia kerana tiap-tiap baik dan jahat itu azali lagi.

f. Tiada ada shurga, neraka, hisab, mizan dan belum lagi dijadikanAllah.

g. Bahawa segala amal ibadat itu daripada hamba semata-mata tiada diketahui beroleh pahala atau siksa jika melaksana atau meninggal akandia.

h. Bahawa Allah tiada menjadikan syaitan kerana jika Allah menjadikansyaitan maka Allah juga menjadikan kekufuran maka sesungguhnya Allah ituberkehendak ujud kekufuran.

i. Bahawa segala amal ibadat hamba itu makhluk Allah melainkansemata-mata iman dan kufur.

j. Benci kepada ibadat fardhu dan suka kepada ibadat sunat dansembahyang yang empat rakaat dijadikan dua rakaat sahaja.

k. Segala kitab-kitab Allah yang turun dari langit tiada mansuh, wajibberamal dengan semua isi kandungannya.

KAUM JAHMIAH – 12 PUAKAntara I’tiqad mereka :

a. Asma Allah dan Sifat Allah itu makhluk.

b. Zat Allah itu ujud pada tiap-tiap tempat atas wajah hulul dan ittihad,

c. Orang yang mukmin yang a’si apabila masuk neraka tiada keluarselama-lamanya.

d. Isi neraka apabila jadi abu tiadalah lagi hidup.

e. Mayat itu tiada merasai azab atau nikmat kecuali pada masa sakaratul-maut dan dalam kubur.

f. Bahawa Zat Allah berdiri antara langit dan bumi.g. Bahawa Nabi Muhammad hanya melihat Tuhan didalam dunia sahaja dan manusia yang lain pula melihat tuhan hanya dalam dunia sahaja.

KAUM MURJI’AH - 12 PUAKAntara I’tiqad mereka :

a. Selepas membicarakan rukun Iman tiada lagi yang difardhukan olehAllah.

b. Bahawa Allah menjadikan sekelian makhlukNya tetapi tiada menyuruh melaksanakan kejahatan dan tiada melarang meninggalkan kejahatan.

c. Sesiapa mengucap Lailahaillallah maka bebas melakukan taat atau berbuat maksiat.

d. Barang siapa mengesakan zat, sifat, asma’ dan af’al Allah maka tiada sekali-kali tersurat atasnya dosa besar.

e. Bahawa Allah Ta’ala itu jauhar atau a’radh (sel atau nukleus).

f. Sah sujud kepada matahari, bulan dan bintang atau makhluk yang lain seperti sujud kepada Allah.

g. Iman itu ilmu, barang siapa tiada berilmu jadi kafir.

h. Sesiapa yang tiada mengetahui amar dan nahi jadi kafir.

i. Iman seseorang itu pada tiap-tiap tahun sentiasa berkurang tiada bertambah.

j. Dirinya jadi mukmin jika dikehendaki Allah dan tiada jadi mukmin jikatiada dikehendaki Allah (syak atau zan atau waham) akan keimanan dirinya.

k. Zat Allah serupa dengan manusia.

l. Wajib dan sunat, haram dan makruh sama sahaja kerana kesemuanya titah perintah Allah.

m. Zat Allah tiada bersifat dengan segala sifat ujudiah.

n. Boleh mengikut perintah atau arahan syaitan atau jin samada Jin Islamatau kafir walaupun perintah melaksanakan segala yang haram.

DUA PUAK YANG SESAT SYARIAT DALAM MAZHAB FIQH YANG EMPAT

i)Bida’ah dholalah karohah yang jadi fasik .

ii) Bida’ah dholalah haram yang jadi murtad.

MAKSUD BIDA’AH BHOLALAH IAITU;

- Suatu penambahan atau pengurangan kepada asal hukum wajib, haram,sunat, makruh, harus tidak mengikut qowaid syariyah

i) Syarat
ii) Sebab
iii) Mani’
iv) Sah
v) Batal

Dan tidak ada hubungkait dengan makna dan makni Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias.(c) TERJEBAK KEDALAM 13 PUAK TASAUF ( SUFI ) YANG SESAT

1. KAUM MARJI’AH?

I’tiqadnya apabila sampai kepada darjah kekasih Allah, tidaklah kasihakan yang lain selain Allah. Terangkat taklif syara’ dan segala ibadatdan halal segala yang haram, segala yang difardhu boleh buat dan boleh tinggal. Puak-puak ini setengahnya sangat gemar bertelanjang tiada menutup aurat. Segala harta di dunia ini kepunyaan Tok Adam. Mereka anak-cucu Adam dan halal kesemuanya.

2. KAUM AULIYA’IYAH?
I’tiqadnya pabila kepada darjah wali terangkat segala taklif syarakdan wali lebih besar daripada Nabi.

3. KAUM SYAMRAKHIYAH?
I’tiqadnya menghalalkan zina dan berpura-pura berlaku warak dikhalayak ramai.

4. KAUM IBAHIYAH?
I’tiqadnya sanggup menahan diri daripada berbuat perkara-perkara mungkar dan juga tidak sanggup menyuruh manusia dengan kebajikan dan mereka juga menghalalkan zina.

5. KAUM HALIYAH?
I’tiqadnya mereka menari-nari dan bertepuk tangan dan ada yang pengsan serta mereka sandarkan pekerjaan mereka itu kepada sunah Rasulullah yang perlu diikuti.

6. KAUM HURIYAH?
I’tiqad mereka sama seperti kaum Haliyah, cuma mereka kata tatkala pengsan itu, “Datang kepada kami bidadari, maka kami jima’ akan dia.Apabila sedar daripada pengsan mereka pergi mandi junub.

7. KAUM WAQI’YAH?
I’tiqad mereka bahawa zat Allah dan segala sifat-Nya , asma-Nya danaf’al –Nya tidak boleh dikenali. Hamba sama sekali tidak akan sampaikepada makrifatullah.

8. KAUM MUTAJAHILIYAH?
I’tiqad mereka tidak memakai pakaian-pakaian yang bersih, suka kepada pekerjaan yang jahat dan suka kepada perempuan dan zina.

9. KAUM MUTAKASILIYAH?
I’tiqad mereka meninggalkan usaha ikhtiar, meminta kepada orang ramai dan memaksa-maksa orang ramai memberi zakat dan sedekah kepadanya.

10. KAUM ILHAMIYAH?
I’tiqad mereka selalu mendapat ilham ketuhanan, meninggalkan mempelajari serta membaca Al-Quran, meninggalkan zikir dan segala selawat kerana Al-Quran itu menjadi hijab untuk sampai kepada makrifatullah. Mereka lebih suka mempelajari serta menghafal segala bait-bait syair.

11. KAUM HULULIYAH?
I’tiqad mereka zat Allah menjelma di dalam diri manusia atau dalam juzuk-juzuk daripada alam. Mengharuskan memandang kepada perempuan-perempuan yang elok-elok dan lelaki-lelaki yang elok-elok rupa kerana disitu ada tajalli ketuhanan; suka bersuluk dan berzikir campur lelaki dan perempuan sambil memeluk cium yang elok pula keranaitu bekas tajalli ketuhanan jika dapat anak di dalam majlis itu, anak itu anak tajalli ketuhanan; semua amalan hanya berniat sahaja.

12. KAUM WUJUDIYAH?
Yang mulhid atau zindiq; I’tiqad mereka, diri mereka dan zat Allahsama jenis ujud dan ujudnya Allah itu bertempat dan bermasa serta boleh dilihat dengan mata kepala. Mereka hanya semata-mata membahaskan tentang keujudan zat Allah mengikut khayalan mereka sahaja.

13. KAUM MUJASSIMAH?
I’tiqad mereka zat Allah itu berjisim seperti manusia.PERINGATAN:-Puak-puak ini ialah mereka-mereka yang sesat dalam aqidah, syariat danakhlak dari kaca mata Ahlus Sunnah Wal Jamaah tetapi diri mereka itu,tetap mereka mengaku betul dan benar dalam semua kerja buat mereka.Asas seseorang itu menjadi kufur atau murtad dan bida’ah dholalah iaitu:

1. Jahil Murakab- Menerima dan beramal sesuatu yang baik dan jahat dengan tidak berbetulan sasarnya atau perkataan dan perbuatan seseorang itu tidakbertepatan dan tidak selari seperti asalnya samada dalam bab aqidah,syariat dan akhlak .

2. Jahil Basit- Berdegil atau keras hati didalam menerima ilmu dan amal yang baik sehingga diberitahu berita gembira atau takut sama sahaja, tidak ada apa-apa kesan atau tidak boleh menerima dan melaksanakan sesuatu yang betul di dalam bab aqidah, syariat dan akhlak, samada diajar atau ditegur.

3. Rabtul A’di- Berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan kehidupan dengan menolak semua sekali hukum syarak dan hukum akal.
HUKUM SYARAK :

i. Wajib
ii. Haram
iii. Sunat
iv. Makruh
v.

HarusTiap-tiap satu hukum syarak itu ditentukan oleh lima (5) Hukum Taklif untuk membolehkan seseorang itu berada padanya :

i. Syarat
ii.Sebab
iii.Mani’
iv. Sah
v.Batal

Hukum Akal itu ialah :

i. Wajib
ii. Mustahil
iii. Harus

4. Taqlidur Rad’di- Ikut membabi buta tanpa merujuk kepada hukum syarak dan hukumakal serta kepada ulamak-ulamak yang faham dan beramal dengan ilmunya.

5. Tahsinul Aqli- Mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-Quran, Hadis, IjmakUlamak dan Qias dalam aqidah, syariat dan akhlak.

6. Hululliah- Mengiktiqad zat Allah itu menjelma di dalam alam, menyerupai sesuatu daripada alam zahir dan batinnya.Umpama iktiqad Yahudi iaitu zat Allah menjelma dalam alam, menyerupaiNabi Allah Uzair a.s.- Iktiqad Kristian zat Allah menjelma dalam alam menyerupai Mariam danIsa a.s.

7. Tanasikhul Arwah- Mengiktiqad zat nabi-nabi, wali-wali dan malaikat menjelma masuk dalam diri seseorang dan orang yang mendapat penjelmaan itu bolehmenzahirkan beberapa yang menyalahi kebiasaan bagi membuktikebenarannya.Peringatan:- Tidak ada dalam nas, hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamakdan Qias mengatakan roh nabi-nabi, wali-wali dan malaikat diizinkan olehAllah menjelma masuk ke dalam diri seseorang, hanya yang ada roh jindengan mempernamakan dirinya sebagai nabi, wali dan malaikat keranamenipu daya manusia untuk terjun dalam sesat aqidah, syariat dan akhlakdalam Islam.

8. Iktiqad Wahdatul Wujud- Mengiktiqad zat Allah menjelma pada mana-mana tempat dalam diri danbersatu dengan roh sehingga di kala itu orang itu mengaku dirinyaTuhan. Meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan segala yangharam dan terangkat segala taklif syarak pada dirinya.Umpamanya nikah batin, sembahyang hanya dengan niat dan lain-lain.Peringatan :-Maksud gugur taklif syarak pada istilah ahli sufi, ialah gugurtaklif Syarak pada makam yang ia tinggalkan dan masuk melaksanakantaklif syarak pada pangkat dan tingkat dirinya berada, yang menuju sasarnya, baik, paling baik, agung baik, maha baik iaitu aqidah,syariat, akhlak Nabi Muhammad s.a.w zahir dan batinnya.

9. Menghuraikan Al-Quran, hadis dan kitab-kitab ulamak dengan jahil kaedah bahasa Arab atau tidak memasuki mana-mana majlis pengajian atau tidak mengambil daripada mereka yang mahir bahasa Arab lagi a’lim serta beramal dengan ilmunya atau jahil qowaid syarak.

BAB 2 Tanda-tanda sesuatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak di atas nama murtad, munafik, zalim,fasik itu ialah ilmu dan amal yang :-

1. Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi memaksakan diri seseorang itu beramal dengan segala yang baik (wajib, sunat, harus) dan meninggalkan segala yang jahat (haram dan makruh).

a. Mereka memansuhkan sama sekali 3 hukum syarak dengan sengaja iaitu :

i. Hukum Sunat
ii. Hukum Makruh
iii. Hukum Harus

b. Memberatkan ke atas diri 2 hukum syarak dengan sengaja iaitu :

i. Hukum Wajib
ii. Hukum Haram

c. Menaikkan taraf :
i. Hukum Sunat menjadi Wajib
ii. Hukum Harus yang hampir kepada sunat menjadi wajib
iii. Hukum Makruh menjadi haram
iv. Hukum Harus yang hampir kepada Makruh menjadi haram

d. Mubaiah pula kepada orang yang fasik, munafik, zalim dalam ilmu dan amalnya.
e. Tidak mengikut kaedah mubaiah yang betul mengikut Qowaid Syariyah dalam bab syariat dan sufi (akhlak).

2.
(a) Patuh pada perjanjian yang sama dengan hukum syarak (wajib, sunat, haram, makruh dan harus) bagi mendapat sesuatu yang menyalahi kebiasaan.

(b) Patuh pada perjanjian yang harus dalam hukum syarak bagi mendapat sesuatu yang menyalahi adat.

(c) Patuh pada perjanjian yang haram dalam hukum syarak.

- Mendatangkan hukum syarak yang baru dengan memansuhkan hukum syarak yang asal kerana patuh dan taat dan ikut telunjuk khadam yang menjadi sahabat dalam semua kerja buatnya (menukar Ubudiahnya dalam ilmu dan amalnya daripada Ubudiah kepada Allah ke Ubudiah kepada khadam yang menjadi sahabatnya). Lihat huraian pada bab stidraj, sihir, Ihanah dan Sya’wazah.

3. Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.

- Menzahirkan rupa Tanasikhul Arwah iaitu penjelmaan rohani daripada jin ke dalam diri samada cara tersembunyi atau nyata yang disangka nabi atau wali atau malaikat.

4. Mengiktiqad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang dihajati (berada dalam syak, zon dan waham)

- Terjebak dalam iktiqad Jabariah, Qodariah dan Muktazilah.5. Tidak tahu asal usulnya, paling kurang sampai kepada ulamak

-Ulamak muktabar yang dipercayai ilmu dan amalnya.

- Mengambil ilmu dan amal
i. Meniru ilmu dan amal tiada berguru.
ii. Mengambil daripada dalam mimpi


selosori dan letak diri
mana yang batil dab suci
jangan sayang
takut tergadai diri

Perbincangan untuk hari ini




mana yang menjadi keutamaan

1. Bangsa
2. Agama

mana dia...

mana tak kena dengan dia
yang datang
celah-celah nyawa dan duka
mana yang hadirnya permata dan sinar
semak-semak menduri
calar-calar tangan itu
yang membawa jahat
mana sumpah mu
kata-katanya ingat sampai ke tua
tapi tak sanjung budinya
telaah satu-satu
agar tak kedu dan silu.....

Thursday, September 11, 2008

Sanad bersanad

Sheikh Neoruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Perihal sanad dalam menuntut dan menerima ilmu tidak perlulah dipersoalkan tentang kebenarannya kerana setiap perkara yang kita "terima" perlu ada wasilahnya sampai Rasullullah. Kenapa perkara sekecil ini sukar untuk kita terima pakai?. Kenapa perlu ada 1000 hadith sahih untuk menjelaskan perlu adanya sanad dan wasilah untuk menuntut ilmu?. Benda yang penting dan perlu, kenapa kita banyak sangat persoalkannya dan kenapa tak diterimanya terus?.

Kita pandai sangat bercakap bab agama, itu dan ini. tetapi kita tidak pernah membincangakan sikap kita yang kadang-kadang susah untuk menerima. Metodnya mungkin lain dan pelbagai faktor yang boleh diketengahkan sebagai alasan kita untuk memperkukuh dan membenarkan diri kita sendiri. "Pendapat ku benar tapi mungkin juga salah, pendapat anda salah mungkin juga betul"... Toleransi sesama kaum dan agama juga susah untuk kita ikut sebenarnya. Jadi.....................................................

Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki menyatakan tentang kepentingan wasilah dan sanad ketika berguru. itu ulamak hadith yang berkata dan menolak habis-habisan tentang pernyataan yang dibuat oleh ustaz asri (mufti perlis) yang mencela bahawa tidak logik dan tidak masuk akal tentang hadith doif "Mushalsal bil Musafahah". Rasullullah S.A.W bersabda,bahagialah siapa yang pernah berjabat tangan dengan orang yang pernah berjabat tangan dengan ku sampai ke hari kiamat akan masuk syurga. Sheikh kata ustaz asri tuh tak check betul-betul. Yang dikatakan hadith musalsal itu banyak antaranya "Mushalsal bil Ruqyah"(hadith ini sahih). Rasullullah S.A.W bersabda, bahagialah siapa yang pernah menengok orang yang pernah menengok aku sehingga ke hari kiamat akan masuk syurga. hah!!!...kenapa hadith yang kedua itu tidak dipertikaikan? sedangkan maksudnya sama?

Banyak lagi persoalan dan pernyataan yang dibuat pasal amalan warisan dengan wasilah dan sanad...banyak kebaikkanya dan tiada keburukkannya jika kita tak tahu.

Melayu oh melayu....

Assalamualaikum...

zaman sekarang merupakan satu zaman pergolakkan yang besar. Pelbagai bencana telah menimpa daripada kejadian tsunami di acheh sehinggalah kepada peperangan dan rusuhan agama. Namun begitu perkara yang paling besar yang terjadi di Malaysia kini adalah melibat riddah ataupun murtad. Secara bahasanya Riddah boleh diertikan sebagai kembali daripada sesuatu kepada sesuatudalam segi syara' kembali daripada agama islam kepada agama kafir samaada dengan niat, perbuatan mahupun perkataan.

semalam aku ada menonton satu forum agama yang disampaikan oleh 3 ahli panel parti PAS. Mereka bercakap tentang rosaknya akidah masyarakat dengan berlaku gejala murtad dan perkara ini tidak dapat dibendung lagi kerana ternyata angka yang disebutkan oleh seorang ahli panel memang masyuk habis. Tahun 2000 menunjukkan seramai dalam anggran 2000 lebih umat Islam yang murtad dan bila menjelang tahun 2006 angka tersebut telah mencecah kepada 200,000 orang!!. Kalau ada yang boleh terkejut beruk dengan angka semacam itu. Pelbagai kenyataan dibuat oleh Ahli panel dan apa yang menarik minat aku adalah kerana satu keratan akhbar yang ditunjukkannya. keratan akhbar tersebut menyatakan "masyarakat jangan mudah melatah". Pernyataan tersebut dibuat berdasarkan satu filem barat yang akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan ogos 2005. Kalau tak salah aku tajuknya adalah "Even Almighty". Menteri penerangan menyatakan bahawa, Masyarakat perlu bertindak bijak untuk menangani masalah ini dan perlu mengambil tahu sensetiviti kaum lain. Ayat-ayat sebegitu sepatutnya tidak patut digunakan lagi dalam keadaan sekarang ini kerana agama lain seperti kristian dan hindu sudah pandai mencabar dan ingin memusnahkan agama Islam. Perkara ini Allah S.W.T telah terangkan di dalam al-Quran tentang satu masa umat akhir zaman akan menerima satu bala yang cukup besar. Bala yang dapat aku lihat bukanlah Tsunami dan peperangan. Tetapi lebih kepada kejatuhan agama dalam satu-satu kerajaan.

Aku tak nak kritik bab Islam Hadari kerana Islam Hadari cuma sekadar omongan kosong daripada pihak pimpinan UMNO dan seangkatan dengannya. Kalau benarlah Islam hadari ini dibawa oleh moyang Paklah yang merupakan seorang ulama zaman Sheikh Mahmud Nasri Osmani, tidaklah seperti yang kita lihat sekarang. Penuh dengan kepura-puraan.

Itulah yang aku selalu bincang dan bertekak sampai nak putus urat tengkok. Pasal akidah dan menegakkan agama Islam. Tidak akan selesai sampai hari kiamat aku rasa. Kita hari ini selalu membincangkan dan menyelesaikan masalah remeh temeh. Cerita pasal MU tak menang, Pasal nak buat konsert. Benda macam itu kita sibukkan diri. Tiada pula secara besar-besaran kita memberi nasihat kepada dato' Siti kita untuk mengenakan tudung dan busana muslimahnya secara sempurna yang disarankan oleh syara'.







www.noorizamshah.com

Isu kouta untuk pelajar bukan bumiputra di dalam uitm. ketika aku dengar berita ini (mungkin agak lewat) aku menggelengkan kepala. Maaflah....aku rasa tidaklah besar sangat perkara itu daripada perkara riddah yang aku nyatakan di atas. Ketika salah seorang pelajar UIAM hendak keluar Islam tiada pula seluruh universiti di Malaysia ini melakukan riot. Apa nak jadi, mungkin pernyataan yang dibuat oleh Menteri penerangan yang diutarakan untuk isu kemasukkan filem luar yang boleh merosakkan akidah umat Islam Malaysia boleh diajukan kepada pelajar UITM seluruh Malaysia...boleh kah??


-Tepuk dada, dada sakit. Tepuk bantal boleh tidur.