Monday, December 7, 2009

Alamat Pertubuhan Seni Silat ABJAD (A) Jabat Kilat Malaysia seluruh Malaysia

55A/57B, Lengkok Kledang Raya,

Taman Kledang Jaya,

30100 Ipoh

PERAK DARUL RIDZUAN

Tel : 05-527-9104 Faks : 05-527-9104 atau Hotline : 019-463-2033

(Ybhg Tuan Guru Ustaz Haji Idris Hj. Mahmud Nasri Osmani, TYDP

atau Ustaz Zainuddin Othman, S/U Agung)


Biro Tarbiyyah, Kepemimpinan dan Pendidikan

No. 35, Tingkat Atas, Persiaran Seroja 1/1

Bandar Aman Jaya 08000 Sungai Petani

Kedah Darul Aman

Tel : 04-4416502/44475007 Faks : 04-441-6502

e-mail : abjad0@streamyx.com


No. Akaun : 02048010022464 - Bank Islam Malaysia Berhad


Wilayah Persekutuan

Pengerusi : Cikgu Muhammad bin Hamid

Saudara Rosli Said - 017-638-0806 (S/U)

Ustaz Azahan - 019-611-4136

Saudara Halim Darus - 017-375-6999

Saudara Zulhairi - e-mail : ices2@hotmail.com


WP Labuan :
Sdr. Mohd Fuad B. Bero
WP Putrajaya/Cyberjaya/MSC
abjad.wilayah@gmail.com

Alamat : No. 13, Jalan 4/1A, 43650 Bandar Baru Bangi, SELANGOR DARUL EHSAN


Wakil Utama : Ustaz Yunus bin Ali - 013-230-3274 (Taman Bolton,Taman Sri Gombak) selangor


Kelantan
Taman Bendahara
Pengkalan Chepa
Kelantan
(Wakil Utama : Ustaz Zulfaqar Zakaria - 019-649-2571)


Melaka
Ibupejabat
Batu 16 1/2, Kg. Pulau Semut
Solok Duku, 78300 Melaka

Pejabat 2
2758, Taman Bandar Baru
Masjid Tanah, Melaka

(Wakil Utama : Ustaz Razali Hamid - 019-375-2010)

No. Akaun : 154101016289 - Maybank, e-mail wakil : idrisy1964@yahoo.com.my (Saudara Idris Yahya)


N.Sembilan
Ibupejabat
Lot 2205, Batu 14
Kg Kondok 71800
Nilai

Wakil Utama : Ustaz Yazid bin Shariff (019-306-2386)

: Saudara Hamzah Lihin (012-223-3184)

: Saudara Zainurrahim (012-628-2960)

: Saudara Suhaimi Jamadin (013-370-9498)

Pahang
Ibupejabat
(Pahang Timur)
No. 80, Kampung Padang Polo
26600 Pekan

(Wakil Utama : Sdr. Adenauer bin Shahidan - 019-932-6157)


Terengganu
Ibupejabat
1109, Jalan Pejabat
20200 Kuala Terengganu

(Wakil Utama : Tuan Haji Muhammad bin Jusoh - 019-950-8197 dan Saudara Zul Kadir 019-987-6191)


Johor
Ibupejabat
No.4, Jln Sakti,
Kg. Melayu Majidee,
81100 Johor Bahru

(Wakil Utama : Ustaz Ibrahim Hj Mohd Salleh)
Tel : 012-7756040 / 07-3347099

Muar
JSK 20 MLO 2615
Jln Sengkang, Bukit Gambir,
84000 Muar

(Ust. Edy B. Mohd Ali)
Tel : 019-721-4454
E-Mail
(abjad_caw_johor@hotmail.com)


Kedah
Kedah Utara
No. 1, Depan Perumahan UUM
06010 Sintok

Kedah Selatan

Alamat sama dengan Biro Tarbiyyah, Kepemimpinan dan Pendidikan (Yayasan) sepertimana di atas

(Tuan Guru Ustaz Haji Idris Hj. Mahmud Nasri Osmani &

Ustaz Zainol Abidin bin Harun - 012-408-3920)


Perak
Lot 8, Kg. Cik Zainal Tambahan 1
31288, Chemor

dan

140, Laluan Taman Meru 17,
Taman Meru 1A
30200 Ipoh

(Al-Allamah Tuan Guru Ustaz Ahmad bin Che Din, Ustaz Hj. Mat Wazir bin Abdul Aziz - 013-5200-477 &

Ustaz Zainuddin Othman - 019-4632033)


Seberang Prai/Pulau Pinang
1015, Alor Merah
13300, Sungai Dua
Butterworth

(Wakil Utama : Saudara Mohamad bin Ithnin - 019-428-7878)


Sabah dan Sarawak
Sdr. Alias B. Abd Ghani (019-8940479) (diminta mana-mana ahli yang tahu lebih lanjut menghantar e-mail/laporan)

Tuesday, September 15, 2009

Alah ka bini - Dikir Barat by Jali Bunga Tanjung

Bakpo la weh ore zame loni
Napok lebih tapi kaloh ke bini
Pakai stail dok kedai kopi
Di rumah begini basuh kain sendiri

Duduk kedai pandai demo nya buak crito
Kecek perihal rumah tangga ore suko
Biar tak khabar dia sendiri serupo tulo
Bodo tok leh ajar ikut bini kat nok kato

Duduk sari2 duduk buar didale kedai
Minum air kopi takdok ore gak nok bayar
Pitih harga sniri nak wak tubek brasa ketar
Dengar habih pitih balik drumoh kena lesung sambal

Ore lagu ni saing takleh buei nasihat
De takut ke bini koho sari koho berat
De pala pening ikut bini gak nok buak
Duduk sari2 air muka gak napok pucat

Tiap2 hari kena nanyo ko ore tino
Pagi2 lagi buak kijo serba tak keno
Dok srupoh maki tak kiro mano2
Kalu lagu ni baik lari tok soh kelik sokmo

Ashabul Kahfi

Tercatat sudah dalam sejarah 7 pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua demi menyelamatkan iman
Disangka tidur hanya sehari rupanya 309 tahun
Berzaman bertukar beberapa kurun dibumi bersejarah ulung
Begitu lah kuasa illahi kepada assahabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini jika kita beriman dan bertakwa
Tercatat sudah dalam sejarah 7 pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan syurga khitnil yang mulia
Katajallah kudratullah alafityatimin ashabulkahfi
Laisafilkuanil muhairun aliq izaamanna
Katajallah kudratullah alafityatimin ashabulkahfi
Laisafilkuanil muhairun aliq izaamanna
Watakhoila
Tercatat sudah dalam sejarah 7 pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua demi menyelamatkan iman
Katajallah kudratullah alafityatimin ashabulkahfi
Laisafilkuanil muhairun aliq izaamanna
Watakhoila

Setanggi Kasih

Mari kita nyalakan setanggi kasih yang mewangi
Diseluruh semesta pada sepanjang kembara
Kita akan temui bunga2 kebaikan
Hulurkan salam bersyukur kepada tuhan -2nd tamat
Hindari kejahatan dengan satu kebaikan 2x
Agar kau kan rasai erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih dipersada cinta tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan -tamat
Tiada selain tuhan 2x
Berkuasa mendamaikan
Tiada selain tuhan
Yang dapat menyatukan insan
Pasti kau temui nanti
Duri2 permusuhan/kejahatan hadapai segalanya dengan kesabaran
Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan
Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar
Disepenuh buana pada seluruh manusia
Kita akan sedari titik2 persamaan
Taburkan damai bersyukur kepada insan.

Wahyu Pertama

Terbuka luas lubang langit
Tujuh belas ramadhan almubarak
Terpancar sinar cahaya putih
Menggetarkan abid yang beruzlah
Bagaikan petir menyambar gua hiraq
Jibril menghulurkan watikah dari yang haq
Lembar al-Quran pun bermula yang pertama
Lembar al-Quran pun bermula yang pertama
Dan bermulalah kehidupan rasullullah
Menyampai amanah
Dari tuhannya memerintah cakerawala
Ditaat disembah
Dan bersaksilah pada 2 kalimah
Dan tergantung di kemuncak alam
Bacalah dengan nama tuhanmu yang
Menciptakan
Bacalah dengan nama tuhanmu yang
Pemurah
Bacalah dengan nama tuhanmu yang
Menciptakan
Bacalah dengan nama tuhanmu yang
Pemurah
Bacalah dengan nama tuhanmu yang
Menciptakan
Bacalah dengan nama tuhanmu yang
Pemurah
Terbuka luas lubang langit detik gemilang wahyu pertama

Monday, August 24, 2009

Melayu Islam - Islam Melayu...suatu peradaban nusantara melalui perjalanan ulama' terkemuka

ALHAMDULILLAHPERSATUAN WARGA MELAYU TELAH DILULUSKAN PADA 13 JULAI, 2009 NOMBOR PENDAFTARAN : 1450-09-KDH Banyak program sedang disusun antara lain akan melibatkan kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan samada NGO, Sejarawan, Tokoh Politik, Pertubuhan/Persatuan Seni Mempertahankan Diri dll PERSATUAN WARGA MELAYU has been approved on 13 July, 2009, Registration No. 1450-09-KDH. Many programs are now being planned which will involve cooperation with all relevant parties such as NGO, Historians, Politicians, Martial Arts entities etc.Sunday, September 21, 2008RINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM DI KEDAH DARUL AMANRINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM DI KEDAH DARUL AMANDitulis dan disusun kembali oleh BlogMaster (Pok Nik)Nota Khas : Terdapat banyak pindaan terpaksa dilakukan kerana input-input baru yang diperolehi supaya artikel ini ditulis dengan fakta yang setepat-tepatnya. Diminta para pembaca agar sentiasa mengunjungi blog ini untuk mendapatkan versi terbaru artikel ini. (Pindaan Terbaru : 30 Januari, 2009)Penghargaan :Al-Allamah Tuan Guru Haji Ustaz Ahmad Junaidin bin Haji Che Din (yang telah memberikan blogmaster kebenaran serta semakan rasmi ke atas artikel ini)Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) .Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola (Lihat Nota 1).(Nota 1) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di Negara-negara yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada 1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke tangan Chola.Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta Maharaja Rom ( Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(Lihat Nota 2) untuk membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (Lihat Nota 2), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.(Nota 2) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda (lambang kenderaan Dewa Wisnu).Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (Lihat Nota 3) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di Baghdad.(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.Syeikh Abdullah Al-QumairyTuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (Pengasas Silat Abjad) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitui) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsivi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan NepalTuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (Lihat Nota 5) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara)Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (Lihat Nota 6) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)b) Pemimpinc) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masaGelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.--------------------Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (Nota 7) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.(Nota 7 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)--------------------Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara selepas Siam dan China tidak campurtangan lagi.Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,c) berfahaman ajaran sesat,d) salah faham terhadap agama,e) pergaduhan antara kaum dan agama,f) pengaruh isme yang membahayakan,g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lainPenjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-anSelain itu, mengikut satu laman web (lihat rujukan), penjajah telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali.Kenapa penjajah melakukan sedemikian rupa terhadap Melayu Islam?Jawapannya ialah penjajah ketika itu rata-rata berpayungkan satu fahaman sesat Yahudi dari Kumpulan Illuminati/New World Order (berlambangkan mata Horus/Osiris – iaitu Mata Dajjal) yang dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Priory of Psion (Zionis) dan Opus Dei (juga berperang sesama sendiri kerana kefahaman yang berbeza terhadap Nabi Isa a.s.).Salah satu kesimpulan dari misi Zionis yang tercatat (secara simbolik) dalam Protocol of Zion ialah untuk“Memusnahkan agama samawi (Islam) yang dbawa oleh keturunan Nabi (Ahlul Bayt), Raja-Raja serta diwarisi oleh Ulama Warisatul Anbia (yang dianggap Zionis sebagai agama palsu)”Zionis sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila Inggeris melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.Kini kumpulan Illuminati diketuai oleh Black Pope, Count Kolvenbach (The Jesuit) dan dibantu oleh satu kumpulan elit baru zionist dunia yang dikenali sebagai kumpulan Bilderberg. Pelbagai cara dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam.--------------------Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul bait (berpaksikan Dua Kalimah Syahadah) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fatani),telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiinb) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan DarulnaimPerjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali).Mengikut satu laman web :Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas-tugas penulisan serta peranan majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai media-massa yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah ‘Pengasoh’ yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan walaupun beliau terbeban dengan tugas-tugas besar yang lain. Ini dapat diperhatikan dalam tulisannya dalam keluaran pertama majalah ‘Pengasoh’ :“ Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada medan kuda ini. Sekiranya jika ada orang yang mengenangkan pekerjaan saya ini berhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekelian penembak. Jika tidak ia pejam matanya, nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi tatkala adalah yang dituntut daripada sesorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri dalam lautan api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angin yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru lagi elok ……..Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak-anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam Semenajung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunya oleh anak-anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama ………….Cuba engkau tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan yang kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan , maka disitulah ‘Pengasoh’ bertimpus membedakkan sekelian yang hadir dengan bedak pengharapan , mudah-mudahan subur sekelian dengan darah dan daging yang boleh menghadamkan tanahair dan menunjukkan kepada raja."Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER)Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.Kini, perjuangan ini telah diwariskan oleh Persatuan Warga Melayu Malaysia,Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia menerusi satu resolusi muzakarah ulung Warga Melayu pada 12 Rabiul Awal 1429 Hijrah bersamaan 20 Mac 2008 Masihi yang diadakan di Pusat Pengajian Assalam, No. 25, Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman--------------------Ahlul Bait1) Dari keturunan/nasab terus (secara talian darah) dengan Rasulullah S.A.W. (menerusi Sayyidatina Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w.), (biasanya menggunakan gelaran 'Syed' dan nama-nama keturunan - Al-Habshi, Al-Edrus, Al-Attas dll)2) Dari satu keturunan/kaum keluarga/kerabat baginda S.A.W. (Bani Hashim),3) Mereka yang diisytiharkan sebagai 'keluarga' baginda seperti Zaid bin Harisah dan Salman Al-Farisi,4) Ulama Warisatul Anbia - mencintai Allah SWT dan Rasulullah S.A.W. (dan sunnahnya), memiliki akhlak/budi pekerti yang tinggi (zahir pada diri mereka Uswatun Hasanah, Rahmatul 'Aalamiin, Huluqin 'Azhiim dan Makarimul Akhlak) pembela agama - dikatakan sebagai pewaris asabah keturunan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.5) Mereka yang memiliki kesemua ciri-ciri 1-4 (atau kesemua 1-4 juga dipanggil ahlul-bait)--------------------Rasulullah SAW bersabda:"Setelah aku wafat (dan) setelah lama aku tinggalkan (dunia ini), umat Islam akan menjadi lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan (mengambil peluang) menindas mereka (umat Islam) bagaikan orang yang makan dengan rakus.”Sahabat bertanya,“Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh terlalu kuat?”Sabda Rasulullah S.A.W.,“Bahkan mereka (umat Islam) pada masa itu (jumlahnya) lebih ramai (dari sekarang) tetapi tidak dapat memberikan apa-apa manfaat (tidak berguna), tidak dapat memberikan apa-apa erti (kesan) dan musuh (orang kafir) tidak takut (gerun) akan mereka. Mereka (umat Islam ketika itu) ibarat (hanya) buih di lautan.”Sahabat bertanya lagi,“Mengapa seramai itu tetapi (hanya) seperti buih di lautan?”Sabda Rasulullah S.A.W.,“Kerana (mereka dilanda) dua penyakit iaitu Al Wahan.”Sahabat bertanya lagi,“Apakah itu Al Wahan?”Sabda Rasulullah S.A.W.,“Cintakan dunia dan takutkan mati".Dari Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dan dari pada Nabi SAW sabdanya:“Kalaulah usia dunia ini hanya tinggal sehari (sahaja lagi), nescaya Allah akan panjangkan hari berkenaan sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (ketika itu) ia telah dipenuhi dengan kezaliman”Dari Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya :“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan (wajah) mereka, maka Rasulullah berlinangan air mata dan wajah beliau berubah (muram/sedih). Akupun bertanya :“Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.Beliau menjawab :“Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”Dari Tsauban r.a. Sabda Rasulullah SAW :“Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim - dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)Rasulullah S.A.W. juga bersabda :“Ulama itu adalah pewaris Nabi (Ulama Warisatul Anbia)”Dari Ahmad dan Muslim dari Anas, Anas, Rasulullah S.A.W. bersabda :“Dajjal yang diiringi oleh 70,000.00 tentera Yahudi Isfahan yang memakai toga”------------------------Rujukan1. Gagasan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu – Modul Memperkasakan Bangsa dan Negara – menyelesaikan segala masalah serta mematikan segala hujjah dan menghidupkan bumi yang mati – di tengah-tengah kegawatan dunia penuh pancaroba, bergolak dan huru-hara – Oleh Al-Allamah Tuan Guru Haji Ahmad Junaidin bin Che Din dan Yang Berbahagia Tuan Guru Haji Idris bin Haji Mahmud Nasri Osmani, Persatuan Warga Melayu Malaysia dan Yayasan Angkatan Bina Jati Diri.2. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah – Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad.3. Sejarah Kedah – Buyong Adil – DBP 1980.4. Rancangan Zionis Memusnahkan Islam dan Nasrani dari Laman veil-open.blogspot.com (The Truth Now In Malaysia)5. Rujuk silang kepada Hikayat Merong Mahawangsa, bahan sejarah mengenai Empayar Srivijaya, Raja-Raja Pasai dll.6. Rujuk silang kepada khazanah tulisan Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah7. Perbincangan dengan pengkaji sejarah seperti Tuan Haji Idris bin Ali Muda Nasution, Mahaguru Seni Silat Firasah

Ehsan - Poknik

Monday, November 3, 2008

Iman, Islam dan Ehsan....Melayu yang tak pernah layu

Ilustrasi oleh theroomwithonedoor , flickr.com ( bomoh hujan)


Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemuJaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya. Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.


Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini.


Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di benteras sehingga ke akar umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirna kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah.


Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelah Portugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggara dengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orang Islam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya. Mereka inilah yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai bahang campurtangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalam kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atas negerinya dan anak-anak bangsanya.


Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cuba meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa saja yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusaha memperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengah daripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalang daripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan cara Tanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ), istidraj, sihir atau silap mata yang menolong mereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atau wali-wali atau Nabi Khaidir yang telah datang berhubung dengan mereka.


Sementara itu di Tanah Jawa timbul pula fahaman Wahdatu Ujud yang tidak dapat membezakan di antara Wahdatul Ujud Marhumah ( dalam bab Sufi ) dengan Wahdatul Ujud Mazmumah ( dalam I’tiqad di panggil Hulluliah, Mulhid, Zindik ) sehingga tertegaklah kerajaan yang seumpama itu, iaitu kerajaan Mataram. Fahaman ini adalah hasil daripada pengaruh Syiah. Bermula dari sinilah wujud semula berbagai-bagai rupa bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid dan jampi serapah yang menyeleweng dari aqidah syari’at Ubudiah Islamiah yang sebenar ke hadrat Allah seperti yang dibentangkan oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir dan ahli pada babnya di dalam kitab-kitab karangan mereka.
Terdapat juga dari golongan ini yang memesongkan amalan-amalan mereka bagi kepentingan diri, dengan tujuan :


1. Langkah mempertahankan diri bagi mendapatkan kemegahan dunia ( hanya kepada bangsa semata-mata )

2. Amalan-amalan kebatinan dalam menuntut kemegahan.

3. Perubatan ( bomoh, tok pawang, tok bidan dan sebagainya )

4. Berlagak jadi tok sufi ( wali ) yang sentiasa mendapat jazbah ketuhanan.


Dari sini merebaklah amalan -amalan karut yang mendapat kekuatan luar biasa daripada bantuan Jin-Jin. Maka ramailah pahlawan-pahlawan Melayu mengambil amalan-amalan ini dengan tujuan untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh di samping untuk kepentingan masyarakat sekitarnya. Akhirnya mereka telah lupa kepada ajaran-ajaran agama yang telah disampaikan kepada mereka, lalu mereka lebih mementingkan kekuatan material dan kebendaan semata-mata daripada kepentingan akhirat. Lebih jahat lagi, mereka menjadikan adat resam keturunan ke dalam syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan Akhlak.


Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu pada ketika itu, boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu :-


1. Agama Buddha Puja Dewa

2. Agama Hindu Puja Dewi

3. Amalan orang-orang Asli. ( Animisme )


Orang-orang Asli sangat kuat berpegang kepada berbagai-bagai kaedah pemujaan Jin sehingga Tok-tok Batin orang Asli di ukur akan kehebatan diri mereka, dengan had ukuran panjang rambut di kepala mereka.


Percantuman 3 puak ini samada melalui nikah kahwin atau seumpamanya menghasilkan suatu kemantapan yang kukuh dalam adat resam dan istiadat kebudayaan orang Melayu, di samping membuahkan pelbagai rupa bentuk ilmu, amalan dan kaedah pemujaan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu perkara yang luar biasa dan mencarik adat, berlumba-lumba untuk menjadi jaguh atau orang yang paling handal di kalangan mereka, untuk bermegah-megah, gagah, orang yang paling berkuasa, orang yang paling di hormati, di segani dan sebagainya. (Lihat carta amalan-amalan Khurafat )


Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahaja. Selepas itu masuklah pula pengaruh agama Kristian melalui penjajahan kuasa-kuasa Barat. Manakala di dalam masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah, Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Keadaan ini menyebabkan sesetengahnya pula terjerumus kedalam gaung kesesatan berikut :


1. Bida’ah Dholalah yang Karohah dan Bida’ah yang haram dalam Syariat

2. Berada dalam salah satu daripada 72 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Aqidah.

3. Berada dalam salah satu daripada 13 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Sufi
Daripada pecahan di atas maka wujudlah berbagai-bagai kelompok masyarakat Melayu yang mempunyai fahaman dan amalan masing-masing . Dari situ lahirlah amalan-amalan yang di panggil amalan "Kebatinan ´ atau " Ilmu Hakikat " ( Ilmu Isi ) yang meninggalkan amal syariat sehinggakan sembahyang hanyalah dengan niat sahaja. Puak-puak yang sesat ini dapat di lihat menerusi amalan yang mereka lakukan dalam menunaikan ibadat kepada Allah.


Ringkasnya apa jua amalan yang tidak mengikut garis panduan Al-Quran, Hadis Rasullullah s.a.w, Ijma dan Qias adalah termasuk dalam salah satu daripada fahaman-fahaman yang sesat daripada tiga kelompok besar di atas.


Pada dasarnya amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam bolehlah dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu :-


1. Orang-orang Melayu yang beragama Buddha Puja Dewa

2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi

3. Orang-orang Melayu yang berpegang dan beramal dengan amalan orang-orang Asli. ( Animisme )


Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang dikatakan sebagai "Penjaga keluarga."


Kepercayaan seperti ini ada hubungannya dengan asal-usul orang Melayu yang kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang memang terkenal pada suatu masa dahulu dengan adat dan kepercayaan Hindu serta Buddha. Walaupun Islam mula bertapak di Mataram, Majapahit dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan Hindu dan Buddha masih kuat dalam pegangan mereka.


Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat berbagai keturunan seperti Melayu, Bugis, Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan sebagainya dan terdapat juga yang berasal dari keturunan orang-orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa adat resam masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun mereka berbeza dari segi suku keturunannya, namun mereka masih lagi tidak terlepas dari adat resam Hindu dan percampuran dengan adat dan amalan orang Asli.


Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan sebagainya, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian, sembelih ayam semasa buka gelanggang latihan pertahanan diri, sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah contoh amalan yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang Melayu. Begitu juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli sebelum Islam di ambil sebagai adat resam atau sebagai cara beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan redha dan lahapnya kita menerima membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah yang memang merupakan suatu perancangan jangka panjang Yahudi dan Kristian khasnya untuk membunuh keperibadian muslim orang-orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam.


Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun telah berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka supaya meninggalkan amalan tersebut, namun bagi sesetengah daripada mereka itu telah beranggapan bahawa adat-adat tersebut seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab itulah mereka telah mencampuradukkan antara ajaran Islam yang suci ini dengan adat resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-mata mengikut khayalan, kebijaksanaan pemikiran dan tahsinul ‘aqli mereka semata-mata sahaja..


Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka diperturunkan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, agar pembaca semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya.



Empat Perkara Yang Di Puji


1. Irhas.
Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian. Perkara ini tidak menjadi kekeliruan kerana Nabi dan rasul telah tiada pada masa sekarang.


2. Mukjizat.
Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada Nabi-Nabi dan rasulnya sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa semua binatang.


3. Karamah.
Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam zahir dan batin. Hal ini adalah perkara biasa bagi Mereka. Karamah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang arif tentang Allah ( Arifbillah ) .
Mereka ini adalah merupakan orang-orang yang alim dan sentiasa beramal soleh. Mereka mahir sekurang-kurangnya tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf serta mereka sentiasa beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka dimuliakan oleh ahli di langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli di bumi.


4. Maunah.
Maunah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang soleh, yang apabila di timpa sesuatu musibah atau hal ke atas dirinya, mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui berbagai-bagai wirid, jampi dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain.
Maunah ini merupakan satu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang soleh. Mereka arif tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf tetapi kemampuan beramal mereka adalah terhad. Apabila berlaku sesuatu hal ke atas diri mereka samada mutlak dari Allah atau yang bersangkut paut dengan manusia, mereka terus melipatgandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai-bagai wirid, jampi, doa dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.





Empat Perkara Yang Di Keji


Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara tersebut ialah :-


1. Istidraj
Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin Islam samada yang soleh, fasik atau terdiri daripada Jin yang kafir.
Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :-


a) Ingin di puja.

b) Ingin dikunjungi oleh orang ramai

c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran

d) Ingin mendapatkan harta dan kuasa


Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah memang dijadikan Allah untuk menyukakan golongan yang seumpama itu dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka pada zahirnya kelihatan seperti orang yang beriman dan sentiasa menjaga syariat Islam serta berakhlak Rasul tetapi sebenarnya mereka beramal dengan perkara-perkara kufur dan telah terjun ke lembah kekufuran, samada mereka sedari atau tidak.


Punca kesesatan golongan ini ialah apabila rohani-rohani alam yang rendah mengunjungi mereka dalam tidur ataupun semasa jaga, dengan rupa atas nama-nama orang-orang soleh samada yang masih hidup ataupun yang telah mati atau mereka membuat Tajalli ketuhanan. Lazimnya mereka dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati, di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermula di saat itu diri mereka berada di dalam Syirik Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah.
Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya zahir perkara luar biasa pada perkataan, perbuatan dan kasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut kerana mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mengadakan beberapa keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka di anggap orang yang paling makbul doanya atau paling keramat. Jika dia seorang ulama, maka dia inginkan supaya di kunjungi, di puja dan di hormati sebagai seorang Ahlillah secara mutlak, sedangkan dalam masa yag sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan sebagai ulama, jika tiada pada dirinya, nyata beberapa perkara yang luar biasa.


2. Sihir.
Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-rang Islam yang durhaka (‘asi ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama dengannya. Sihir ini terjadi melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini terikat dengan perjanjian dan mengadakan jamuan yang harus dan haram di sisi Syarak. Mereka mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan kumpulan Jin Islam yang fasik dan daripada Jin yang kafir.
Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya Mulhid dan Zindik dalam bab aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai cara atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam. Antara mereka yang termasuk dalam golongan ini ialah :-


a) Kumpulan Hassan Anak Harimau

b) Wali Suci

c) Budi (Buddha) Suci

d) Batin Sakti

e) Hakikat Insan

f) Pati Geni

g) Fahaman Wahdatul Ujud dalam I’itiqad

h) Baginda Mukhtar

i) Lain-lain kumpulan yang tumbuh bagaikan cendawan di negara ini.


3. Silap Mata.
Silap Mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak.


4. Sya’wazah.
Sya’wazah ialah perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya apabila mereka meminta sesuatu yang baik, tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda.







sumber : ABJAD MALAYSIA