Monday, February 14, 2011

Discount !!!!!!! keris jawa untuk dimaharkan





RM350 termasuk post

panjang bilah 12 inci
sms jika berkenan
0128484280

matlamat dalam persilatan




setelah kita mengamati dan mempelajari ilmu persilatan, apakah kita dapat memahami hak yang sebenar dan matlamat yang pertama yang kita letak dalam hati kita?. jika masih ada yang baru hendak berkecimpung dalam dunia persilatan maka kaji selidiklah betul-betul sanad silat itu, matlamat dan halatuju silat itu. Perkara sebegini kita jarang sebut dalam masyarakat kerana kebanyakkan yang memasuki dunia persilatan atau seni mempertahankan diri yang lain meletakkan matlamat :-

1) mempertahankan seni bangsa
2) sekadar hendak melakukan senaman agar badan menjadi sihat

1. mempertahankan seni bangsa
apa seni bangsa??...bangsa apa??...yang melayu masih agungkan seni orang lain...yang belajar karate bersepah...yang belajar teakwando bersepah...mempertahankan macam mana??..melayu sendiri yang tidak menyokong. orang luar pula yang terkinja-kinja hendak belajar. setelah itu siapa yang kita harus persalahkan?. Dalam dunia yang serba moden ini masyarakat sudah lupa kepentingannya. Usahlah kita bercakap pasal "mempertahankan" sedangkan kita tak tahu pun asal usul silat, seni, dan bangsa. anak-anak kita tak didedahkan tentang perkara ini di sekolah dengan menyeluruh.

2. sekadar hendak melakukan senaman agar badan menjadi sihat
matlamat ini bukannya hakikat sebenar. tanyalah guru-guru lama. belajar silat sebenarnya hakikat mengenal diri dan Allah S.W.T. terbit dari itulah datangnya fadhilat. itu pun kita tidak boleh kita meletakkan fadhilat sebagai perkara utama kerana itu hak Allah nak bagi atau pun tidak...

hal utamanya adalah agama. dari agama inilah berkembang biak matlamat yang murni. jangan jadikan agama sebagai wayang. banyak persatuan-persatuan silat meletakkan agama sebagai iklan supaya tidak diCOP sebagai silat yang sesat lagi menyesatkan. tetapi sedar ataupun tidak sebenarnya banyak kita melakukan dosa daripada perkara yang kita buat itu..jadi apakah tindakkan kita??.....

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran



Selamat hari raya untuk semua pengunjung blog saya. Saya memohon maaf jika terdapat kesalahan yang saya buat sepanjang kemasukan anda kedalam blog ini..

Wednesday, May 5, 2010

jawatan kosong

TAWARAN JAWATAN SEBAGAI PENGAWAL ELIT

TEMPAT BERKHIDMAT DI SELURUH PULAU PINANG
- DHL PULAU PINANG
- INTEL PULAU PINANG

STRUKTUR GAJI
GAJI ASAS - RM 550.00
OT - RM 411.84
ELAUN
KEDATANGAN - 100.00 (26 HARI BEKERJA)
ELAUN INTEL - 143.00 (25 HARI x RM 5.50)

PEMBAYAN GAJ...I DIBUAT 2 KALI SEBULAN IAITU PADA
20 hb DAN 7 hb

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-

MOHD SOBRI BIN SALLEH 016 - 4009923
MUHAMMAD ZUHRI BIN MAZLAN 012 - 4045804

KAMI JUGA MENYEDIAKAN ASRAMA BAGI PEMOHONAN YANG BERADA DI LUAR PULAU PINANG
See More

Thursday, April 22, 2010

qada dan qadar....



kita hamba...hamba Allah S.W.T yang telah diutuskan keatas muka bumi sebagai khalifah mutlak setelah haiwan, dan jin dianggap tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah yang boleh memerintah...dah dinamakan sebagai hamba haruskah kita mengagungkan diri kita sebagai sultan yang mulia yang duduk diatas takhta???...

semalam aku jumpa dengan ustaz Asri (ABJAD), dapatlah sedikit penerangan takala sibuk bersembang berkenaan dengan perniagaan..."dia" kata...kenapa nak pening-pening kepala dengan masalah yang menimpa kita?...lalu ja lah!!..dah tuh yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T..kita nih hamba...tunaikan sebagaimana yang telah ditentukan samaada baik dan buruk...kalau buruk pon kena bersangka baik...tiada yang buruk daripada Allah S.W.T...itu hakikat iman...kalau macam tuh semua orang boleh buat maksiat la...tak....tuh cuma alasan orang yang suka buat salah..kalau nak bicara bab dosa pahala dah jatuh dalam syariat...dosa tetap dosa...pahala tetap pahala..tapi bukan itu yang kita kejarkan...redha Allah itulah yang amat penting...kita sebagai hamba tidak dapat tidak perlu redha dengan apa yang terjadi....

Wednesday, April 21, 2010

lama dah....

setelah sekian lama aku tidak menulis di dalam blog sendiri...tergerak pulak jari jemari ni nak karang sepatah dua...(sepatah dua ka??)..asyik masuk blog orang ja...ermm...aku sebenarnya baru dapat kerja di kilang INTEL...sebagai security trainer...cari pengalaman...banyak benda yang aku nak kena belajar dalam bidang pengurusan ni...(bukan bidang aku sebenarnya)...tapi ini lah yang dinamakan takdir...

makin banyak orang yang aku lihat..sama daripada segi zahir dan perangai mereka..makin banyak yang aku pelajari untuk diri aku..mungkin aku kongsikan dengan orang lain jugak sebagai iktibar hidup..dan makin ramai pulak kawan yang aku dapat. Mencabar sebenarnya bidang ini...tapi tak jauh beza dengan pengalaman aku dulu dalam SUKSIS dan Gayong...dulu pun aku pernah jadi pembantu JURULETIH...sekarang nih pembantu jugak kepada eksekutif projek.

tapi semangat pendekar ni ada di mana2 saja tak kira kerja kat mana...dimana bumi dipijak disitu lah langit dijunjung...aku sekarang lebih berminat dengan persatuan silat yang tak banyak guna tenaga seperti silat pulut dan Spring 12...lama jugak aku dok fikir2 permainan yang sesuai dengan aku...akhirnya dapat...dan aku dah mula berjinak2 dengan daya peminiran yang tidak berapa kreatif tetapi masuk akal dan paling penting berada di dalam kudrat iradat Allah S.W.T dan sentiasa syariat itu melingkari dalam setiap gerak langkah ku...takan putus dan takan goyah walaupun sedikit...datanglah badai gempar dan guruh menggegar...sedikitpun takkan luntur dan berganjak...

Spring 12 yang aku belajar tersangatlah senang dan mudah sehinggakan aku dapat wujudkan 1 pergerakkan yang mudah tanpa menggunakan pergerakkan yang maksimum...hanya gunakan 2 saat saja....dan dalam pada masa yang sama..terdetik dan 'adalah" senaman ketangkasan tangan aku sendiri...ingat nak berkongsi dengan kawan2...tapi masa tak mengizinkan aku berbuat demikian....tapi InsyaAllah...masa untuk "kita" akan tiba tak lama saja lagi....